CELCOM sedia menawarkan akses internet berkelajuan tinggi untuk pengguna Xpax mereka, dan kini syarikat telco Maxis juga tidak ketinggalan dan melakukan perkara sama untuk pengguna pelan Hotlink mereka, malah lebih ‘meriah’.
Melalui apa yang ditawarkan oleh Hotlink, dengan hanya membuat tambah nilai sebanyak RM10, pengguna di negeri Sabah, Sarawak, Kelantan dan Terengganu akan menikmati panggilan tanpa had dikalangan rangkaian Maxis serta pada masa yang sama menawarkan akses internet berkelajuan tinggi pada 1 pagi hingga 7 pagi.

Pengguna juga disediakan dengan penawaran akses ke Facebook selama 24 jam dengan tambah nilai minima RM10.
Maxis turut menekankan yang mana untuk menikmati tawaran ini, pengguna dikehendaki membuat tambah-nilai dalam satu kod yang sama dan ia tidak dikira sekiranya pengguna membuat tambah-nilai RM5 sebanyak dua kali.
Promosi ini disediakan oleh Maxis untuk pengguna pelan #Hotlink EC/EM – yang mana boleh diaktifkan oleh pengguna di Sabah, Sarawak, Kelantan dan Terengganu dengan mendail *108*26#.-MYNEWSHUB.CC
Layari: Hotlink

