• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 30, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dewan Belia Perak Bukan Pameran Semata-Mata

oleh Ahmad Albab
05/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Langkah mewujudkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Belia Perak bukan satu usaha bersifat ‘tayangan’ atau ‘pameran’, sebaliknya merupakan keazaman untuk membentuk generasi pelapis yang bertanggungjawab bagi mencorak kehidupan masa hadapan.

Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata DUN Belia itu merupakan medan ujian buat perwakilan untuk sama-sama memastikan isu-isu rakyat khususnya yang berkait dengan golongan muda dapat dibahaskan.

“Ia merupakan pelantar terbaik bagi anak-anak muda negeri ini mengetengahkan cara baru melihat sesuatu isu selain mempamerkan keterbukaan dalam membahaskan isu-isu berkaitan kepentingan rakyat dan negeri,” katanya ketika merasmikan Mesyuarat Pertama, Penggal Pertama DUN Belia Perak di sini hari ini.

Zambry berkata walaupun anggota DUN Belia Perak tidak melalui proses pemilihan seperti pilihan raya, tetapi ia tidak mengurangkan amanah dan tanggungjawab anggota yang telah dipilih.

“Pemilihan perwakilan telah mengambil kira perwakilan dalam kalangan generasi muda yang terlibat dengan pelbagai pergerakan belia dan pertubuhan bukan kerajaan,” katanya.

Tambah Zambry ketika ini terdapat kira-kira 900,000 belia di Perak dan daripada jumlah itu, hanya 20 peratus sahaja yang aktif dalam gerakan persatuan dan pertubuhan.

DUN Belia Perak mempunyai 60 anggota terdiri daripada 70 peratus lelaki dan 30 peratus wanita dari semua kaum.

Persidangan selama dua hari mulai hari ini akan membahaskan usul di bawah tujuh jawatankuasa iaitu Jawatankuasa Pembangunan Ekonomi, Usahawan, Pelancongan dan Pengantarabangsaan; Jawatankuasa Sosial, Kebajikan, Pembangunan Masyarakat dan Wanita serta Jawatankuasa Pendidikan, Kerjaya, Sukan, Kebudayaan dan Kesenian.

Jawatankuasa lain adalah Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Modal Insan dan Integrasi Nasional; Jawatankuasa Teknologi, Inovasi, Komunikasi dan Multimedia; Jawatankuasa Prasarana, Pembangunan, Kesihatan dan Alam Sekitar serta Jawatankuasa Pencegahan Jenayah, Masyarakat Sivil dan Patriotisme. – BERNAMA

Tags: Zambry Abdul Kadir
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Agong Rasmi Persidangan Parlimen Isnin Ini

Next Post

Pencipta Asal Robot Star Wars Meninggal Dunia

Related Posts

Zambry Setuju Moratorium Pelawaan PPT Swaakreditasi Dilaksanakan

Zambry Setuju Moratorium Pelawaan PPT Swaakreditasi Dilaksanakan

20/04/2024
0

PUTRAJAYA : Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir, bersetuju moratorium pelawaan Pemberi Pendidikan Tinggi (PPT) Swaakreditasi dilaksanakan bagi...

Zambry Dilantik Setiausaha Agung BN Baharu

09/06/2021
0

KUALA LUMPUR - Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dilantik sebagai Setiausaha Agung Barisan...

Next Post

Pencipta Asal Robot Star Wars Meninggal Dunia

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd