• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kesemua Mangsa Rentung Di Perak Selamat Dikebumikan

oleh Ahmad Albab
06/03/2016
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA NERUS – Jenazah empat sekeluarga yang ditemui rentung dalam sebuah kereta di Kilometer 265.4 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan selepas Terowong Menora, Perak semalam, selamat dikebumikan pagi ini.

Jenazah kesemua mereka disemadikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Hajar Kampung Gong Awang Lib, Batu Rakit kira-kira pukul 8.20 pagi.

Sebelum itu, kesemua jenazah selamat tiba di Kampung Wakaf Tengah kira-kira pukul 5.30 pagi dari Hospital Raja Permaisuri Bainun, Perak sebelum disembahyangkan di Masjid Pantai Mengabang Telipot.

Lebih 200 orang termasuk Ketua Polis Terengganu Datuk Rosli Ab Rahman, pegawai kanan Polis Kontinjen Terengganu, anggota keluarga dan rakan taulan turut menziarahi anggota keluarga Ketua Polis Pahang Datuk Sharifuddin Abd Ghani itu.

Awal pagi semalam, anggota keluarga berkenaan rentung dalam kemalangan itu ketika dalam perjalanan menuju ke Kuala Lumpur bagi mengambil keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) seorang daripada mangsa, Muhammad Aizat Mohd. Azhar, 18, di Maktab Tentera Diraja (MTD), Sungai Besi.

4 Mayat Rentung Ditemui Adalah Keluarga Ketua Polis Pahang

Mangsa lain adalah kakak Sharifuddin, Rosmani, 65, anak lelaki Rosmani yang juga bapa kepada Muhammad Aizat, Mohd. Azhar Abdul Rahim, 43, serta seorang lagi anak Mohd. Azhar, Muhammad Daniel, 13.

Keempat-empatnya ditemui kira-kira pukul 11 pagi semalam di bawah sebuah lori yang terbabas dan terbakar ketika operasi mengalihkan lori yang terlibat kemalangan pada pukul 1 pagi.

Sementara itu, suami Rosmani, Abdul Rahim Talib reda dengan kehilangan tragis empat anggota keluarga sekaligus.

Jelasnya penantian dan kegusaran mereka sejak lebih sehari menanti khabar berita anak dan isterinya akhirnya terjawab dengan penemuan kesemua mereka.

“Puas kami hubungi tapi gagal sehingga anak saya yang bertugas sebagai Penolong Pegawai Memerintah Ke-25 Rejimen Askar Melayu Diraja Kem Bentong, Pahang membawa 12 anggota tentera mencari mereka di sekitar lebuh raya hingga ke Taiping,” katanya. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menyokong tindakan tegas yang telah diambil terhadap pemandu kereta dipercayai memandu dibawah...

Penjawat Awam Bekerja Dari Rumah 3 Hari Seminggu, Jarak Rumah Dengan Tempat Kerja Lebih 8 Kilometer

Penjawat Awam Bekerja Dari Rumah 3 Hari Seminggu, Jarak Rumah Dengan Tempat Kerja Lebih 8 Kilometer

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan mengumumkan kaedaah pelaksanaan Bekerja Dari Rumah (BDR) secara berperingkat bagi pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan susulan konflik...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd