• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

4 Mayat Rentung Ditemui Adalah Keluarga Ketua Polis Pahang

oleh Ahmad Albab
06/03/2016
dalam Hangat
1
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Empat orang yang ditemui rentung dalam sebuah kereta di Kilometer 265.4 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan selepas Terowong Menora di sini pagi tadi merupakan anggota keluarga Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Sharifuddin Abd Ghani.

Perkara itu dinyatakan anak saudara Sharifuddin, Mejar Azmi Abdul Rahim ketika ditemui pemberita di Rumah Mayat Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini semasa membuat pengecaman mayat.

Mereka yang maut ialah kakak Sharifuddin, Rosmani, 65, anak Rosmani, Mohd Azahar Abdul Rahim, 43, dan dua orang anak Mohd Azahar yang dikenali sebagai Muhammad Aizat, 17, serta Muhammad Daniel, 13.

Azmi berkata keluarga tersebut dalam perjalanan dari Sungai Petani, Kedah menuju Shah Alam, Selangor untuk mengambil keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Muhammad Aizat di Maktab Tentera Diraja Sungai Besi, Kuala Lumpur.

“Mereka bertolak dalam pukul 10 malam dan sepatutnya sampai di Shah Alam dalam pukul 4 hingga 5 pagi.

“Saya tidak dapat menghubungi mereka, lalu saya membawa 12 anggota tentera mencari mereka di sekitar lebuh raya hingga ke Taiping,” katanya yang bertugas sebagai Penolong Pegawai Memerintah Ke-25 Rejimen Askar Melayu Diraja Kem Bentong, Pahang.

Keempat-empat mayat mangsa ditemui hari ini dalam sebuah kereta yang rentung semasa kerja-kerja pengalihan sebuah treler yang terbabas dan terbakar di lokasi sama awal pagi semalam.

Semua jenazah akan dikebumikan di Terengganu.

4 Mayat Ditemui Rentung Selepas Kereta Dihempap Treler

Sementara itu di KUALA TERENGGANU, suami kepada Rosmani iaitu Abdul Rahim Talib, 69, berkata beliau tidak menyangka ‘kehilangan’ anggota keluarganya tanpa dikesan sejak semalam berupa petanda mereka akan pergi buat selamanya.

Beliau berkata beliau telah membuat laporan polis mengenai kehilangan anggota keluarganya tanpa menyedari mereka telah terlibat dalam kemalangan ngeri tersebut.

“Saya tidak sangka mereka akan pergi meninggalkan kami buat selamanya, saya hanya mengetahui tentang pemergian isteri dan cucu saya selepas solat Jumaat tengah hari tadi,” katanya kepada pemberita di sini malam tadi.

Mengikut perancangan, Abdul Rahim berkata kesemua anggota keluarganya sepatutnya singgah terlebih dahulu ke rumah menantunya di Setia Alam, Selangor sebelum bergerak ke Sungai Besi.

“Sepatutnya saya juga turut serta tetapi disebabkan perlu menjaga kucing peliharaan cucu maka hasrat itu dilupakan,” katanya.

Abdul Rahim berkata kali terakhir beliau bercakap dengan isterinya ialah kira-kira pukul 10 malam semalam apabila Rosmani memaklumkan yang mereka mahu bertolak ke Kuala Lumpur dari rumah menantunya di Sungai Petani sekaligus memohon mendoakan keselamatan mereka.

“Tapi pukul 11 pagi semalam, menantu saya Azi yang tinggal di Setia Alam beritahu mereka masih tidak sampai dan saya kemudian membuat laporan di Balai Polis Gong Badak pada pukul 10.15 malam.

“Saya tahu tentang kemalangan itu selepas Solat Jumaat tadi apabila anak ketiga, Mohd Hafiz, 31, beritahu yang dia terima mesej takziah daripada kawan-kawan termasuk gambar kereta dan serpihan nombor plat kereta Azhar,” katanya.

Kesemua anggota keluarganya itu kemudian ditemukan pada pukul 11 pagi ini di bawah sebuah lori yang terbabas dan terbakar ketika operasi mengalihkan lori yang terlibat kemalangan pada pukul 1 pagi semalam.

Mengakui terkilan dengan pemergian insan tersayang dalam sekelip mata, Abdul Rahim yang merupakan pesara polis berpangkat Sarjan Mejar sama sekali tidak pernah membayangkan kejadian kehilangan ahli keluarganya selama berjam-jam itu akan berakhir dengan kematian.

Jenazah dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Gong Awang Lib awal pagi ini selepas disembahyangkan di Masjid Pantai Mengabang Telipot. – BERNAMA

Tags: kemalangan maut
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menyokong tindakan tegas yang telah diambil terhadap pemandu kereta dipercayai memandu dibawah...

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemandu kereta jenis Honda City yang merempuh seorang penunggang motosikal hingga menyebabkan kematian pagi tadi dipercayai memandu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd