• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bihun Kaca: Keluarga Mahu Saman Pengusaha Kantin

oleh Ahmad Albab
03/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SUNGAI BULOH – Sebahagian keluarga kepada tujuh pelajar yang dimasukkan ke hospital selepas termakan makanan dipercayai mengandungi serpihan kaca, di sebuah sekolah di sini, Rabu lepas akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pengusaha kantin sekolah berkenaan.

Bapa tiri kepada dua pelajar terlibat, A. Arujunnan berkata buat masa ini, empat keluarga telah bersetuju untuk berbuat demikian dalam masa terdekat.

“Kami telah berbincang dan kami rasakan ini adalah langkah yang perlu diambil sebagai pengajaran kepada semua pengusaha kantin,” katanya ketika ditemui Bernama di Hospital Sungai Buloh, di sini, tempat anak dua tirinya S.Piravin, 11, dan S.Pavitra Devi, 12, dirawat.

Dilaporkan pada Ahad lalu, tujuh murid Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Nigel Gardner, Hulu Selangor dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh pada Jumaat lepas akibat dipercayai termakan serpihan kaca dalam bihun yang disediakan di bawah Program Makanan Tambahan.

Berikutan itu, syarikat yang membekal bihun berkenaan serta pengusaha kantin itu telah digantung perkhidmatan.

Arujunnan yang kelihatan tertekan dengan kesihatan anak tiri perempuannya yang masih demam, turut risau dengan keadaan kedua-duanya selepas melihat gambar sinaran X yang menunjukkan badan mereka dipenuhi ‘bintik-bintik’ kecil dipercayai serpihan kaca.

Bagaimanapun, isterinya M. Kasthuri, 36, bersyukur anak-anaknya tidak mengalami masalah kesihatan yang teruk setakat ini.

“Cuma saya harap mereka tidak mengalami masalah kesihatan lain ekoran perkara ini,” katanya. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menyokong tindakan tegas yang telah diambil terhadap pemandu kereta dipercayai memandu dibawah...

Penjawat Awam Bekerja Dari Rumah 3 Hari Seminggu, Jarak Rumah Dengan Tempat Kerja Lebih 8 Kilometer

Penjawat Awam Bekerja Dari Rumah 3 Hari Seminggu, Jarak Rumah Dengan Tempat Kerja Lebih 8 Kilometer

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan mengumumkan kaedaah pelaksanaan Bekerja Dari Rumah (BDR) secara berperingkat bagi pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan susulan konflik...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd