• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Mengaku “Nabi Isa” Kini Bertaubat

oleh Ahmad Albab
04/03/2016
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

JAKARTA – Seorang guru agama di Indonesia yang mendakwa dirinya sebagai Nabi Isa dan sering menerima wahyu dari Tuhan telah bertaubat dan mengaku perbuatannya menyimpang dari ajaran Islam.

Gus Jari bin Supardi, 44, guru agama di Pondok Pesantren Kahuripan Ash-Shirot di Dusun Gempol, Desa Karangpakis, daerah Jombang di Jawa Timur, bertaubat dalam satu majlis di hadapan ketua Majlis Ulama Indonesia (MUI) Jombang, Kholil Dahlan,

Beliau yang mendakwa dirinya sebagi Nabi Isa sejak 2004 dan mengaku menerima wahyu Illahi itu mempunyai lebih 100 pengikut dan mereka mengamalkan beberapa perbuatan syirik seperti membina makam Nabi Muhammad dalam sebuah masjid.

Gus Jari juga mendakwa sering mendengar bisikan di telinganya mengenai perintah Tuhan dan menganggap ia adalah bisikan malaikat yang membawa wahyu dan telah diperintah oleh Tuhan untuk membawa umat Islam ke jalan yang benar.

Media tempatan hari ini memetik Kholil sebagai berkata, Gus Jari bersama para pengikutnya telah menyatakan insaf atas kesesatannya selama ini dan bertaubat kembali ke ajaran Islam.

Katanya, MUI juga telah meroboh sebuah tugu diperbuat dari batu hitam dalam Masjid Pondok Pesantrian Kahuripan Ash-Shirot yang menjadi tempat pengikut ajaran sesat itu menjalankan upacara syirik dan kononnya sebagai simbol kenabian Gus Jari.

“Alhamdulillah, Gus Jari bersama jemaahnya telah bertaubat dan beliau sendiri memimpin anak sulung lelakinya sebelum ini diiktiraf sebagai Imam Mahdi untuk bertaubat,” kata beliau.

MUI kemudian mengeluarkan larangan kepada Gus Jari untuk mengajar dan menganjurkan majlis-majlis keagamaan.

Kisah penyebaran ajaran Gus Jari itu heboh diperkatakan oleh penduduk setempat sejak 10 tahun lepas dan pengikutnya didapati bertambah dari tahun ke tahun dan percaya bahawa lelaki itu adalah seorang nabi.

Gus Jari juga sebelum itu pernah berdebat dengan pegawai-pegawai agama dari MUI dan tetap mengaku dirinya sebagai Nabi Isa dan menerima wahyu ketika sedang bersujud pada 2004. – BERNAMA

Tags: kisah pelik
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Minum Air Kencing Anjing Untuk Ubati Jerawat

21/06/2018
0

JIJIK...seorang wanita sanggup minum air kencing anjing peliharaannya kononnya ia dapat mengubati masalah jerawat yang dialaminya. Aksi menjijikkan wanita itu,...

Wanita Jadikan Plasentanya Sebagai Minuman

30/03/2018
0

'KEMBANG tekak' apabila melihat wanita ini menjadikan plasenta sebagai air dan diberikan kepada suami serta anak lelakinya yang berusia tiga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd