• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Fantasi Ronai Koleksi Adibusana Pengantin Bianco Mimosa

oleh AK-47
03/03/2016
dalam Gaya Hidup, Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

MENGEKALKAN keunikan sambil mengukuhkan lagi penjenamaannya sebagai hub fesyen couture yang punyai kelas tersendiri, Bianco Mimosa kini hadir dengan 25 rekaan sulung adibusana pengantin untuk koleksi 2016.

Ia yang diperagakan semasa acara fesyen pengantin The Wedding 2016 anjuran Andrews Models dan CIMB di dewan Mayang Sari Ballroom, JW Marriott Hotel, Kuala Lumpur pada Ahad lalu.

Menerusi pelancaran Bainco Mimosa Bridal Couture 2016 ini, kesemua adibusana ini dihasilkan dengan menekankan konsep dan tema fantasi ‘Once Upon A Time‘ yang diterapkan pada 21 rekaan busana pengantin perempuan dan 4 rekaan untuk pengantin lelaki.

12742775_1130983726914890_3145011942100104551_n
Pengarah Urusan dan pereka fesyen Bianco Mimosa, Dato Ida Suraya Mustapha bersama model-model yang menggayakan koleksi terbarunya.

Teman Fantasi ‘Once Upon a Time‘ diangkat menjadi tunjang inspirasi koleksi adibusana pengantin Bianco Mimosa berdasarkan ilham pengkisahan dongeng fantasi lama yang diadun.

Ia diolah bersama kombinasi teori kejuruteraan, matematik, sains bersama elemen flora dan fauna yang membawa imaginasi si pemakai ke alam fantasi penuh misteri.

Bermain dengan imaginasi yang tinggi, pereka fesyen yang juga merupakan Pengarah Urusan dan pereka fesyen Bianco Mimosa, Dato Ida Suraya Mustapha turut menggunakan kreativitinya.

Beliau menerapkan unsur keindahan dunia serantau di dalam setiap satu adibusana yang dihasilkan kali ini. Idea kreatif ini dicetuskan sebagai inspirasi berdasarkan pengalaman.

Juga minat beliau yang gemar meneroka keindahan negara-negara luar yang pernah dilawati termasuk mengamati keindahan seni rekaan fesyen dari luar.

12027669_1132964946716768_7179412878621844731_n
Umpama satu persembahan dramatik, setiap satu rekaan adibusana ini dihasilkan dengan perincian dan teknik manipulasi fabrik yang signifikan dengan jenama Bianco Mimosa.

“Koleksi busana pengantin ‘Once Upon A Time’ ini sebenarnya diilhamkan daripada percutian saya di Eropah –inspirasi yang tercetus daripada keindahan Cappadocia, Turki sehinggalah kepada pesona menara Eifel yang menjadi landmark di bumi Perancis,” kata Dato Ida.

Menurut Dato Ida lagi, Bianco Mimosa amat menitikberatkan kualiti dan kepuasan pelanggan terhadap setiap rekaan mereka.

Oleh itu, kebanyakan fabrik seperti sifon, sutera, dutchess, organza dan satin sutera yang diimport sepenuhnya dariluar negara seperti United Kingdom, Korea, Turki, Itali dan Afrika demi menjaga kualiti dan keselesaan pelanggan.

Teknik yang digunakan pula seperti ‘pleating’, sulaman tangan dan mesin serta teknik manipulasi fabrik yang memberi impak seni bagi setiap rekaan.

12814529_1132964910050105_1563033507490894583_n
Koleksi perkahwinan kali ini turut memperkenalkan busana pengantin lelaki, yang mampu menyerlahkan gaya segak dan maskulin si pemakai.

Sementara itu, Bianco Mimosa turut membuka peluang kepada pelajar jurusan fesyen dari Kolej Kemahiran Tinggi Mara Rembau, Negeri Sembilan.

Ia dalam usaha menggalakkan lebih ramai anak muda meraih peluang untuk menceburi dunia fesyen bertaraf antarabangsa dan mengasah bakat serta kreativiti yang mereka miliki.

Dalam pada itu, Bianco Mimosa mengadakan peraduan sempena penganjuran malam pertunjukan fesyen Bianco Mimosa Bridal Couture 2016. Peraduan ini menyediakan pelbagai hadiah menarik dengan hadiah utama sepasang busana eksklusif bernilai RM5,000.

Antara hadiah lain termasuk telefon pintar iPhone 6, Samsung Note 5 serta 20 baucar eksklusif Bianco Mimosa bernilai RM200 setiap satu.

Untuk menyertai peraduan dan memenangi hadiah menarik ini, pembaca hanya perlu mengikuti laman sosial Bianco Mimosa di Instagram di Mybiancomimosa. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Bianco MimosaFesyen
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Peraga Fesyen Terkini Di Dalam Bilik Persalinan

19/02/2019
0

LONDON - Seorang budak perempuan berusia 12 tahun merakamkan sendiri gambar-gambar yang menunjukkan dia memperagakan pakaian berjenama di dalam bilik...

Bekas Simpan Lipstik Berharga Hampir RM5,000

17/02/2019
0

SANGGUPKAH anda membelanjakan ribuan ringgit demi satu aksesori fesyen sebesar ibu jari tangan sahaja? Mungkin tidak masuk akal buat sesetengah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd