• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pizza Hut Sasar Produk Baharu Tingkat Jualan Sebanyak 20%

oleh Ahmad Albab
01/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pizza Hut Malaysia, anak syarikat QSR Brands (M) Holdings Sdn Bhd menyasarkan produk ‘Hut’s Delight Meals’ yang baharu dilancarkan mampu menjana jualan sebanyak 20 peratus pada sepanjang tempoh promosi bermula hari ini.

Timbalan Pengurus Pemasaran Pizza Hut Marketing, Sharon Khor berkata promosi sehingga pertengahan April depan itu, menawarkan harga serendah RM14 seorang dengan pelbagai pilihan kombo khusus bagi pelanggan yang makan di restoran.

Menurutnya, sajian ‘Hut’s Delight Meals’ itu diperkenalkan bagi memberi produk bernilai untuk wang berikutan kebimbangan mengenai peningkatan kos sara hidup.

“Lebih banyak produk inovatif akan diperkenalkan tahun ini. Malah, kami kini bekerjasama erat dengan kumpulan penyelidikan dan pembangunan,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan sajian ‘Hut’s Delight Meals’ di sini hari ini.

Menu itu boleh dinikmati di lebih 300 cawangan Pizza Hut di seluruh negara.

Promosi mengenainya turut dihebahkan menerusi televisyen, radio, akhbar serta media sosial agar merangkumi asas pelanggan yang lebih besar.

Ditanya sama jika syarikat itu berhasrat membuka lebih banyak cawangan pada tahun ini, Khor berkata, Pizza Hut kini dalam proses mengenal pasti lokasi yang
sesuai.

“Kami akan membuka lebih banyak cawangan lagi jika ada peluang serta lokasi yang ideal,” katanya. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]zOAiShy09KE[/wpdevart_youtube]

Tags: pizza hut
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sumber Dedah QSR Cadang Jual KFC, Pizza Hut RM6 Bilion

19/11/2019
0

QSR Brand (M) Holdings (QSR) dipercayai merancang menjual dua rangkaian restoran makanan segera miliknya iaitu Kentucky Fried Chicken (KFC) dan...

Pekerja Pizza Dedah No Telefon Nourul Pada Lelaki Gila Seks

15/08/2016
0

MAKLUMAT peribadi penyanyi Nourul Wahab, 38, telah didedahkan kepada sekumpulan lelaki gila seks oleh seorang pekerja restoran segera, gara-gara penyanyi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd