AWAL Ashaari yang sering memuat naik gambar anaknya, Lara Alana di laman sosial menjelaskan dia dan isterinya, Scha al-Yahya seronok berkongsikan segala kerenah dan perkembangan anak mereka kepada peminat.
Menurut Awal, dia dan isteri juga mendapat reaksi positif daripada ibu bapa serta peminat mereka yang ingin mengikuti perkembangan terkini Lara.
“Saya hanya berkongsi pengalaman kami bersama ibu bapa yang lain bagaimana membesarkan Lara dan ramai hantar emel kepada saya bertanyakan macam-macam perkara. Saya tahu ramai yang sayangkan anak saya”
“Mula-mula saya cuma nak buat kisah perjalanan hidup dia untuk dilihat pada masa depan. Tak sangka ia menjadi bahan rujukan untuk ibu bapa di luar sana dan ramai yang gemar melihat perkembangan anak kami.”
Menurut Awal, dia dan isteri mendedahkan Lara dengan dunia hiburan supaya Lara belajar tentang kemahiran bersosial.
“Saya tahu ada pro dan kontra, tapi saya mahu dia belajar tentang kemahiran sosial, itulah sebabnya saya dedahkan dia dengan dunia hiburan pada usia ini”.
[youtube https://www.youtube.com/watch?v=BhUU9GLxXeY]