SEBELUM ini hangat diperkatakan mengenai desas desus had aksara akan ditingkatkan hingga 10,000 aksara untuk mengirim pesanan di Twitter, selepas ianya diperkenalkan pada DM laman makro ini.
Bagaimanapun CEO Twitter Jack Dorsey, 39, telah pun mengesahkan bahawa mereka tidak akan mengubah atau membenarkan penggunaan sehingga 10,000 aksara sebaliknya mengekalkan had 140 aksara seperti sekarang.
Khabar mengenai peningkatan aksara pada Twitter mendapat reaksi berbeza daripada pengguna yang sering menggunakannya.
Ada yang menyokong pengekalan 140 aksara kerana mahukan perkhidmatan yang ringkas dan tidak perlu membaca ‘karangan’ jika peningkatan tersebut dilakukan.
Pada masa sama, ada yang mahukan peningkatan aksara kerana beranggapan ianya lebih memudahkan komunikasi.
Buat masa ini, mereka yang mahu berkongsi tulisan yang panjang terpaksa menulis dan melakukan screenshot terlebih dahulu sebelum mengeposnya sebagai gambar di Twitter. – MYNEWSHUB.CC
[youtube https://www.youtube.com/watch?v=pcxyQSmmgzY]

