• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

11,897 Banduan Jalani Perintah Parol Sehingga Hari Ini

oleh Ahmad Albab
30/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seramai 11,897 banduan selesai menjalani pemulihan di luar tembok penjara di bawah sistem parol sejak 2008, kata Ketua Pengarah Penjara Malaysia Komisioner Jeneral Datuk Seri Zulkifli Omar.

Beliau berkata jumlah semasa banduan yang sedang menjalani perintah parol sehingga hari ini adalah 543 orang.

“Sejak dilaksanakan, hanya segelintir Orang Diparol yang selesai menjalani pelepasan secara Perintah Parol, mengulangi jenayah dan masuk semula ke penjara.

“Pencapaian ini amat baik jika dibanding dengan pencapaian negara luar yang melaksanakan sistem sama,” katanya dalam kenyataan di sini.

Menurutnya kejayaan sistem parol yang dilaksanakan jabatan itu bergantung kepada pelbagai aspek termasuk penerimaan semula oleh keluarga, masyarakat, penglibatan masyarakat dalam program pemulihan bersama Orang Diparol dan peluang pekerjaan.

Zulkifli berkata lebih 90 peratus daripada Orang Diparol tinggal bersama keluarga namun, mereka yang tidak mempunyai keluarga atau tempat tinggal ditempatkan di Rumah Perantaraan Jabatan Penjara dan rumah yang disediakan badan bukan kerajaan (NGO).

“Mereka juga mempunyai peluang pekerjaan yang tinggi dengan kira-kira 90 peratus Orang Diparol menerima tawaran pekerjaan,” katanya.

Beliau menjelaskan bahawa dosir atau laporan semua banduan yang layak dari segi pencapaian pemulihan, kesalahan dan tempoh pemenjaraan yang dilalui seperti ditetapkan Akta Penjara akan dikemukakan kepada Lembaga Parol untuk dipertimbang.

“Setelah dipertimbangkan dan diluluskan, Perintah Parol berserta syarat-syarat akan dikeluarkan oleh Lembaga Parol,” katanya.

Pelepasan secara Perintah Parol bermaksud Orang Diparol masih terikat dengan baki tempoh hukuman yang perlu dijalani serta syarat yang perlu dipatuhi dan ianya bukan bermaksud pembebasan sepenuhnya.

Zulkifli berkata berdasar syarat dan proses pertimbangan sama, Lembaga Parol telah memberi pelepasan secara Perintah Parol kepada bekas Menteri Besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo semalam.

Pelepasan itu diberi selepas Dr Mohamad Khir menjalani hukuman penjara enam bulan atas kesalahan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh tanah dan sebuah banglo di Shah Alam, sembilan tahun lepas.

Antara syarat parol adalah beliau mesti berada di sekitar Shah Alam dan Petaling Jaya sepanjang tempoh parol dua bulan itu serta mesti berada di rumah antara 7 malam hingga 7 pagi. – BERNAMA

Tags: banduanPenjara
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Jadi Ejen Sindiket Pemalsuan Dokumen, Lelaki Myanmar Dipenjara 12 Bulan

Jadi Ejen Sindiket Pemalsuan Dokumen, Lelaki Myanmar Dipenjara 12 Bulan

22/01/2026
0

Melaka: Ejen sindiket pemalsuan dokumen warga Myanmar dijatuhi hukuman penjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh, hari ini, atas...

Banduan Seludup Dadah Ke Penjara Marang, Peguam Ditahan Bantu Siasatan

Banduan Seludup Dadah Ke Penjara Marang, Peguam Ditahan Bantu Siasatan

01/01/2026
0

KUALA TERENGGANU: Seorang peguam ditahan selepas disyaki bersubahat dengan banduan untuk menyeludup masuk dadah ke Penjara Marang, dekat sini. Ketua...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd