• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kenaikan Gaji Penjawat Awam Tetap Dilaksanakan 1 Julai Ini

oleh Ahmad Albab
03/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan tetap melaksanakan kenaikan satu tangga gaji bagi 1.4 juta penjawat awam pada 1 Julai ini seperti yang dijanjikan dalam Bajet 2016, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.

Beliau berkata gaji minimum penjawat awam sebanyak RM1,200 sebulan juga akan dilaksanakan pada tarikh sama.

“Kerajaan juga tidak akan berhentikan penjawat awam termasuk mereka yang dilantik secara kontrak,” katanya semasa menutup Konvensyen Perumahan Penjawat Awam bertema ‘Rumah Idaman Menjamin Kualiti Hidup’ di sini, hari ini.

Turut hadir Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Datuk Azih Muda dan Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Bhd (ANGKASA) Datuk Abdul Fattah Abdullah.

Ali berkata kesemua inisiatif itu membuktikan komitmen kerajaan terhadap kebajikan rakyat terutamanya penjawat awam walaupun dalam persekitaran ekonomi yang mencabar.

Dalam pada itu, beliau berkata kerajaan amat turut mengambil berat dalam isu kebajikan mereka dengan melaksanakan program perumahan seperti Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) yang diperkenal sejak 2013.

“Setakat ini, sebanyak 300 unit rumah berharga RM90,000 telah diluluskan untuk pembinaan, dan unit-unit ini dikhaskan kepada mereka yang berpendapatan kurang daripada RM1,2000 sebulan.

“Namun, kerajaan akan kaji semula (perkara ini) agar lebih ramai penjawat awam dari golongan ini dapat memiliki rumah,” katanya.

Sehingga hari ini, sebanyak 48,695 unit PPA1M telah diluluskan dan sedang dalam pelbagai peringkat pelaksanaan.

Pada majlis itu, Azih menyerahkan senarai 15 resolusi kepada Ali untuk kerajaan mengkaji semula Dasar Perumahan Negara 2011.

Antara intipati resolusi itu, yang merupakan hasil perbincangan bersama antara Cuepacs dan ANGKASA, adalah memastikan semua penjawat awam khasnya kumpulan B40/M40 mampu memiliki rumah idaman bagi menjamin kualiti hidup.

Selain itu Cuepacs dan ANGKASA meminta kerajaan mengkaji semula Akta dan Peraturan Perumahan serta Akta Kanun Tanah Negara, mewujudkan bank tanah dan bank data perumahan negara. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]B2-hcSRyXWE[/wpdevart_youtube]

Tags: GajiPenjawat Awam
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Hati-Hati Tafsir Kategori T20, Gaji RM13,000 Di KL Boleh Jatuh Ke M40 B40’

‘Hati-Hati Tafsir Kategori T20, Gaji RM13,000 Di KL Boleh Jatuh Ke M40 B40’

12/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengingatkan berhati-hati dalam mentafsir kategori T20 atau...

Pejabat Menteri Nafi Mohamad Sabu Galak Penjawat Awam Tanam Ganja Di Rumah

Pejabat Menteri Nafi Mohamad Sabu Galak Penjawat Awam Tanam Ganja Di Rumah

14/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pejabat Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menafikan imej palsu di media sosial yang mendakwa Datuk Seri Mohamad...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd