• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Zoo Taiping & Night Safari Jadi Tumpuan Cuti Tahun Baru Cina

oleh Ahmad Albab
08/02/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAIPING – Zoo Taiping & Night Safari menjadi tumpuan orang ramai termasuk dari luar Perak sempena cuti Tahun Baru Cina.

Siti Zaharat Kerya, 39, dari Pulau Pinang berkata beliau dan suaminya datang ke zoo berkenaan bersama dengan dua orang anak mereka.

“Ini kali kedua saya datang ke Taiping dan saya tak mahu lepaskan peluang untuk melawat zoo kerana ia mempunyai keunikan tersendiri,” katanya kepada Bernama.

Seorang pengunjung dari Melaka, Lim Ng Huat, 30, yang pulang ke kampung isterinya di sini turut mengambil peluang untuk melawat zoo berkenaan.

“Saya bawa ahli keluarga dan beberapa saudara di sini untuk melihat binatang di dalam zoo ini kerana sudah setahun saya tidak datang ke sini,” katanya.

Menurut Lim, Zoo Taiping & Night Safari semakin cantik kerana pelbagai kemudahan telah dinaik taraf yang sekali gus menjadikan ia tempat menarik untuk dilawati.

Zoo Taiping merupakan habitat kepada 1,300 ekor binatang yang terdiri daripada 180 spesis antaranya harimau, singa, gajah, badak, zirafah, burung enggang dan orang utan.

Ia dibuka setiap hari termasuk paada hari cuti am dari pukul 8.30 pagi hingga 6.00 petang dengan bayaran masuk RM17 bagi orang dewasa dan RM8.50 bagi kanak-kanak.

Night Safari pula boleh dikunjungi pada waktu malam yang dibuka setiap hari dari pukul 8 malam hingga 11 malam dengan bayaran masuk bagi dewasa RM21.20 manakala untuk kanak-kanak RM10.60. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]8LomwbcVQX4[/wpdevart_youtube]

Tags: zoo
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Netizen Desak Tingkatkan Usaha Lindungi Haiwan Liar

Next Post

UMNO Salur Bantuan Segera Kepada 1,500 Keluarga Mangsa Banjir

Related Posts

Harimau Bintang Terlepas Dari Zoo, Netizen Kaitkan Dengan Filem Madagascar

Harimau Bintang Terlepas Dari Zoo, Netizen Kaitkan Dengan Filem Madagascar

15/01/2023
0

AUSTIN, TEXAS – Seekor harimau bintang yang terlepas dari sebuah zoo telah menimbulkan huru-hara bukan sahaja dalam kalangan penduduk di...

Sembilan Ekor Serigala Terlepas, Zoo Terpaksa Ditutup Serta-merta

25/12/2021
0

Montredon-Labessonnie: Gara-gara sembilan ekor serigala terlepas daripada jagaan, sebuah zoo di selatan Perancis terpaksa ditutup sementara untuk memastikan keselamatan pengunjung....

Next Post

UMNO Salur Bantuan Segera Kepada 1,500 Keluarga Mangsa Banjir

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd