• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Zeti Harap Siasatan 1MDB Selesai Sebelum Tamat Tempoh Perkhidmatan

oleh Ahmad Albab
23/02/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Gabenor Bank Negara Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz berharap siasatan terhadap 1Malaysia Development Bhd (1MDB) akan diselesaikan sebelum beliau menamatkan tempoh perkhidmatannya pada April ini.

“Itulah yang saya telah menyatakan dan itulah arah usaha saya, untuk memuktamadkannya semasa tempoh perkhidmatan saya supaya saya boleh menyerahkan rekod yang bersih kepada gabenor akan datang,” kata beliau ketika ditanya sama ada beliau yakin siasatan terhadap 1MDB akan dimuktamadkan semasa beliau memegang jawatan sebagai Gabenor bank pusat.

Zeti, yang dilantik sebagai gabenor bank pusat pada Mei 2000, adalah wanita pertama memegang jawatan berkenaan di Malaysia dan meraih beberapa anugerah termasuk ketua bank pusat yang terbaik di dunia pada tahun 2009 oleh majalah terkenal, ‘Global Finance’.

Gabenor bank pusat itu enggan mengulas lanjut mengenai soalan tentang kegagalan 1MDB untuk membawa pulang US$1.83 bilion dan beliau berkata:

“Saya tidak boleh membincangkan perkara ini kerana segala-galanya masih belum diputuskan lagi. Terlalu awal bagi saya untuk berkata apa-apa pada peringkat ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita semasa ditemui selepas majlis pecah tanah Asia School of Business dengan kerjasama MIT Sloan School of Management, di sini hari ini.

Sementara itu, ditanya mengenai langkah Fitch Ratings mengesahkan penarafan Malaysia kepada stabil hari ini, kata Zeti dalam tempoh yang tidak menentu ini, ia adalah positif memandangkan agensi itu mengekalkan penarafannya walaupun persekitaran yang mencabar.

“Ini akan menunjukkan bahawa Malaysia mempunyai tahap daya tahan tinggi walaupun persekitaran yang mencabar.

“Kita mahu menunjukkan bahawa dasar-dasar dan langkah-langkah yang kita sediakan sebelum ini telah menempatkan kita pada kedudukan yang baik untuk menghadapi cabaran semasa,” katanya. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]7p-0ziJKdWU[/wpdevart_youtube]

Tags: 1MDBZeti Akhtar Aziz
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Video: Giliran Pengadil Kena Kad Merah Daripada Pemain

Next Post

1.24 Juta Mohon Rumah Mampu Milik PR1MA

Related Posts

Tiga Waran Tangkap Dikeluarkan Terhadap Bekas Peguam 1MDB, Jasmine Loo: saksi

Tiga Waran Tangkap Dikeluarkan Terhadap Bekas Peguam 1MDB, Jasmine Loo: saksi

10/04/2025
0

PUTRAJAYA: Tiga waran tangkap dikeluarkan kepada bekas peguam 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Jasmine Loo Ai Swan untuk didakwa mengikut pertuduhan...

Najib Tidak Terlibat, Keputusan 1MDB Ikut Prosedur – Che Lodin

Najib Tidak Terlibat, Keputusan 1MDB Ikut Prosedur – Che Lodin

05/03/2025
1

SHAH ALAM - Pasukan pembelaan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memanggil saksi ke-13 iaitu Penolong Pesuruhjaya Kanan,...

Next Post

1.24 Juta Mohon Rumah Mampu Milik PR1MA

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd