• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Zamihan Sahut Cabaran Debat Mufti Perlis

oleh Ahmad Albab
16/02/2016
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (Aswaja), Zamihan Mat Zin Al-Ghari bersedia untuk berdebat dengan Mufti Perlis, Prof. Madya Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin.

Kata Zamihan, beliau berbesar hati untuk menghadiri acara tersebut sama ada secara terbuka mahupun tertutup bergantung kepada pihak penganjur yang membuat keputusan.

Presiden Aswaja bagaimanapun mendedahkan beliau masih belum menerima sebarang surat jemputan untuk mengambil bahagian dalam majlis tersebut sehingga hari ini.

“Saya masih belum menerima apa-apa surat jemputan sehingga ke saat ini. Saya harap dapat buat surat jemputan siap format, tempat, masa dan moderator sekali,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Namun, Zamihan melahirkan kebimbangan ada muslihat dirancang untuk mengenakan beliau dalam acara debat tersebut kerana penganjurannya tidak dibuat secara telus dan profesional.

“Sehingga ke hari ini masih tidak jelas siapa moderator, format dan tempatnya. Seakan-akan ada muslihat yang tersembunyi,” katanya.

Kemelut antara kedua-dua tokoh agama itu apabila Mufti Perlis menuduh Zamihan punca beliau dilarang daripada berceramah di Johor kerana mempengaruhi pihak berkuasa agama negeri itu bahawa beliau seorang ahli fahaman Wahabi.

Zamihan menerangkan adalah mustahil beliau dapat mempengaruhi MAIJ kerana badan itu merupakan pihak berkuasa agama yang berstruktur, telus dan bebas membuat keputusan secara eksklusif tanpa memerlukan campur tangan pihak luar.

Mohd. Asri yang tetap tidak berpuas hati dengan Presiden Aswaja itu kemudiannya mewar-warkan di media sosial kononnya Zamihan telah bersetuju untuk berdebat dengan beliau.

Pengumuman Mohd. Asri itu membuatkan Zamihan terkejut kerana beliau masih belum menerima sebarang surat jemputan mengenai perkara itu tetapi Mohd. Asri telah menyebarkan perkara itu kepada orang ramai melalui media sosial.

Zamihan bagaimanapun menyarankan supaya debat itu diadakan secara tertutup untuk mengelakkan perpecahan dalam kalangan umat Islam, namun saranan itu dicemuh Mohd. Asri dengan membayangkan Zamihan seorang pengecut. – Mynewshub.cc

[wpdevart_youtube]JGVEC4XPt_o[/wpdevart_youtube]

Tags: AswajaMufti Perlis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Apakah Undang-Undang Hanya ‘Cengih’ Untuk Yang Beragama Islam Sahaja? – Mufti Perlis

Apakah Undang-Undang Hanya ‘Cengih’ Untuk Yang Beragama Islam Sahaja? – Mufti Perlis

14/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Mufti Perlis, Mohd. Asri Zainul Abidin mempersoalkan sama ada undang-undang di negara ini dilihat hanya...

Mufti Perlis Bimbang Anasir Hindutva Di India Menular Ke Malaysia 

Mufti Perlis Bimbang Anasir Hindutva Di India Menular Ke Malaysia 

11/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin menzahirkan kebimbangan terhadap kemungkinan pengaruh pengganas gerakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd