• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Warga Emas Hilang Di Hutan Masih Dicari

oleh Ahmad Albab
23/02/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) masih mencari seorang warga emas berusia 72 tahun yang dilaporkan hilang di hutan di Kampung Selabi Siangkam, Serian sejak empat hari lalu.

Menurut Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Sarawak, Farhan Sufyan Borhan pihaknya menerima maklumat mengenai kehilangan warga tua itu Tagas Anak Lanoi, 72, semalam daripada Ibu Pejabat Polis Daerah Serian.

Katanya sepasukan empat anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Serian diketuai oleh Pegawai Bomba Kanan II (PBK II), Kamri Bujang telah pergi ke lokasi yang terletak kira-kira lima kilometer dari pekan Serian untuk gerakan mencari dan menyelamat mangsa dengan dibantu penduduk kampung.

Polis menerima laporan daripada anak mangsa memaklumkan bapanya meninggalkan rumah pada 19 Feb lalu untuk pergi ke rumah anaknya di Kampung Mantong, Serian tetapi sehingga hari ini belum kembali.

Farhan berkata mangsa dipercayai hilang di hutan kerana maklumat daripada penduduk kampung yang terserempak dengan mangsa dan apabila ditanya mangsa memberitahu beliau hendak ke hutan untuk mencari buah-buahan. – BERNAMA

Tags: kes hilangwarga emas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bunuh 2 Warga Emas, Penoreh Getah Terlepas Hukuman Gantung

Bunuh 2 Warga Emas, Penoreh Getah Terlepas Hukuman Gantung

19/01/2026
0

Putrajaya: Seorang penoreh getah terlepas daripada hukuman gantung selepas Mahkamah Rayuan mengetepikan hukuman mati atas kesalahan membunuh dua lelaki warga...

Duda Warga Emas, Ibu Tunggal Ditahan Berkhalwat

Duda Warga Emas, Ibu Tunggal Ditahan Berkhalwat

01/09/2025
0

Melaka: Lapan pasangan dicekup berkhalwat menerusi Operasi Cegah Jenayah Syariah (OCJS) di beberapa hotel sekitar Bandaraya Melaka, awal pagi semalam....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd