• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tian Chua Diperintah Bela Diri Tuduhan Beri Ucapan Berbaur Hasutan

oleh Ahmad Albab
24/02/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Mahkamah Sesyen di sini, hari ini memerintahkan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tian Chua membela diri atas tuduhan memberi ucapan berbaur hasutan dalam satu ceramah di Dewan Perhimpunan Cina, tiga tahun lepas.

Hakim Abdul Rashid Daud membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Tian Chua atau nama sebenarnya Chua Tian Chang, 53, di akhir kes pendakwaan.

“Setelah meneliti prinsip undang-undang, mahkamah mendapati tertuduh mempunyai kecenderungan menghasut dalam ceramah itu dan pihak pendakwaan telah membuktikan satu kes prima facie terhadap tertuduh.

“Dengan ini tertuduh diperintah membela diri atas pertuduhan yang diterimanya,” kata Abdul Rashid.

Mahkamah kemudiannya menetapkan dua hari bermula 25 April ini untuk tertuduh membela diri.

Pada 29 Mei 2013, anggota Parlimen Batu itu didakwa memberi ucapan dalam ceramah dengan menyebut kata-kata menghasut bagi membangkitkan rakyat negara ini supaya mengubah kerajaan yang telah tertubuh mengikut undang-undang, dengan cara yang tidak sah.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor di Nombor 1, Jalan Maharajalela, Dang Wangi di sini antara 8.55 malam dan 11.15 malam, 13 Mei 2013.

Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 (Akta 15) dan boleh dihukum menurut Seksyen 4(1) akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara sehingga lima tahun, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Julia Ibrahim telah mengemukakan sebanyak empat saksi pendakwaan untuk memberi keterangan pada perbicaraan yang bermula pada 13 Jan lepas.

Tian Chua yang hadir pada prosiding hari ini diwakili peguam New Sin Yew. – BERNAMA

Tags: Akta HasutanTian Chua
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Rayuan Pihak Pendakwaan Terhadap Kes Khairuddin & Chang Didengar Jumaat Ini

Next Post

Lawak, Apabila Permaisuri Disangka Datuk Seri Vida

Related Posts

Polis Cadangkan Hadi Dituduh Bawah Akta Hasutan

Polis Cadangkan Hadi Dituduh Bawah Akta Hasutan

04/09/2023
0

Polis akan mencadangkan Jabatan Peguam Negara (AGC) menuduh Presiden PAS Abdul Hadi Awang bawah Akta Hasutan dan Akta Komunikasi dan...

Tindakan Disiplin Terhadap Tian Chua Hanya Lepas PRU15 – Rafizi

Tindakan Disiplin Terhadap Tian Chua Hanya Lepas PRU15 – Rafizi

05/11/2022
0

Sebarang prosiding tatatertib yang dicadangkan terhadap ahli PKR Tian Chua kerana bertanding sebagai calon bebas di Batu hanya boleh dilakukan...

Next Post

Lawak, Apabila Permaisuri Disangka Datuk Seri Vida

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd