• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 11, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Siapa Boleh Lepaskan Diri Daripada EMD

oleh Ahmad Albab
24/02/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis Bukit Aman percaya peranti pemantauan elektronik (EMD) mampu mencegah pelaku kesalahan berulang daripada terus melakukan jenayah.

Sejak EMD dikuatkuasakan Ogos lepas, 335 penjenayah dipakaikan peranti itu sama ada pada kaki kiri atau kanan mereka, kata Ketua Penolong Pengarah Antimaksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7), Datuk Roslee Chik.

Satu strap, satu tag pintar dan satu bikon – itu sajalah alat yang diperlukan untuk menjejaki sepenuhnya seseorang pesalah yang dikenakan tahanan rumah pada setiap masa dan di mana saja di negara ini.

“Apabila semua alat ini dihidupkan, saya beri jaminan bahawa kami boleh mengesan seseorang itu dari mana-mana sahaja, 24 jam sehari,” katanya dalam temu bual ekslusif dengan Bernama baru-baru ini.

Strap dan tag pintar itu diperbuat daripada bahan kalis air seberat kira-kira 200 gm. Kedua-duanya dipakaikan pada kaki bekas pesalah oleh pegawai polis, sebelum dia dibebaskan.

Bikon pula perlu dipasangkan sendiri bekas pesalah pada palam di rumahnya; ia akan menentukan radius kawasan untuknya berfungsi dan memancarkan isyarat yang membolehkan tag pintar mengetahui jarak liputannya.

“Ini mungkin menimbulkan sangkaan bahawa mereka bebas untuk memasangkannya pada palam pada bila-bila masa dan di mana saja yang mereka suka.

“Tetapi, tidak demikian kerana lokasi untuk memasang bikon itu pada palam akan dikenal pasti terlebih dahulu oleh polis dan maklumat akan dihantar kepada anggota polis yang bertanggungjawab sekiranya terdapat sebarang cubaan untuk menutup suisnya atau memasangnya di tempat lain,” kata beliau.

Roslee berkata pemakai EMD terlebih dahulu akan diberi taklimat dengan sejelas-jelasnya dan sebarang cubaan untuk melanggar peraturan, termasuk tidak mencas semula tag pintar merupakan kesalahan mengikut Seksyen 15(4) Akta Pencegahan Jenayah (POCA).

Katanya seseorang yang melakukan kesalahan itu boleh dikenakan hukuman penjara mandatori dua tahun jika disabitkan kesalahan.

EMD dikuatkuasakan terhadap penjenayah yang ditahan mengikut POCA, yang dipinda pada 2013, untuk membolehkan tindakan menahan tanpa perbicaraan dilakukan. Ia dilaksanakan bagi mengatasi jenayah serius dan terancang berikutan pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960.

Roslee berkata sebaik sahaja dipakaikan, pengguna peranti itu akan dikesan Pusat Kawalan Utama polis, Pusat Kawalan Kontinjen dan Pusat Kawalan Daerah, 24 jam sehari.

Katanya sistem EMD sedia ada juga membolehkan pegawai polis menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) sekiranya pelaku kesalahan cuba melarikan diri dari kawasan tahanan mereka, memotong strap berkenaan atau bateri tag pintar sudah rendah kuasanya.

“Cara ini tidak lagi memerlukan polis memantau skrin setiap masa,” katanya sambil menjelaskan bahawa setiap tag pintar dipasangkan bateri yang mampu bertahan hingga tujuh hari dan boleh dicas semula dengan menggunakan ‘alat pengecas pada tubuh’ seperti bank kuasa.

Mengenai kemungkinan pelaku kesalahan cuba untuk melarikan diri, Roslee berkata ia merupakan suatu perbuatan bodoh.

“Mereka perlu sedar bahawa ini bukan perkara main-main. Mereka diberi kelonggaran untuk melakukan apa yang mereka mahu seperti mencari pekerjaan, pergi berenang atau melakukan sebarang aktiviti biasa. Oleh itu, mereka patut menghargainya,” kata beliau.

Menurut beliau, penggunaan peranti itu tertakluk kepada keputasan Lembaga Pencegahan Jenayah dan ia boleh dilaksanakan bagi tempoh minimum dua hingga lima tahun dan selepas itu, kes pesalah akan dikaji semula untuk tindakan selanjutnya.

Roslee berkata walaupun sistem itu baru dilaksanakan selama tujuh bulan, beliau berpuas hati dengan kadar pengurangan kes jenayah ganas secara menyeludup, terutama kesalahan berulang.

“Saya percaya, kita akan dapat melihat kesalahan berulang akan berkurang dengan lebih banyak sekiranya penggunaan EMD dilaksanakan sepenuhnya.

“Kami sedang menunggu tarikh penguatkuasaan Seksyen 388(a) Kanun Tatacara Jenayah, yang membenarkan seseorang suspek dibebaskan dengan ikat jamin dan penggunaan peranti ini,” katanya.

Pada 2 Dis tahun lepas, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata kementerian itu juga merancang melaksanakan penggunaan EMD terhadap mereka yang ditahan mengikut Akta Pencegahan Keganasan 2002. – BERNAMA

Tags: EMD
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Bangla Ditangkap, Sedang Selingkuh Dengan Bini Orang

Next Post

Gempa: Tiada Tanda Kerosakan Struktur Empangan Kenyir

Related Posts

No Content Available
Next Post

Gempa: Tiada Tanda Kerosakan Struktur Empangan Kenyir

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd