• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sempat Beli Makanan Untuk Isteri, Anak Sebelum Mati Ditembak

oleh Ahmad Albab
01/03/2016
dalam Hangat, Jenayah
0
Share on FacebookShare on Twitter

SERDANG – Pengawal keselamatan, M. Thomas, 45, yang ditembak mati di hadapan stesen minyak Petron, Jalan Semenyih, Kajang, awal pagi tadi sempat membeli makanan untuk keluarganya sebelum kejadian.

Rakan mangsa, Vigyakumar, 42, berkata sudah menjadi kebiasaan bagi mangsa untuk membeli makanan dan barang keperluan untuk dibawa pulang ke rumah.

“Rakan-rakan ada beritahu saya yang dia ada membeli makanan untuk keluarganya sebelum kejadian itu. Itulah sifat dia (Thomas) yang saya kenali hampir 15 tahun.

“Dia seorang yang baik, berani dan suka membantu orang sekiranya mereka menghadapi masalah,” katanya ketika ditemui Bernama di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Serdang, hari ini.

Vigyakumar berkata mangsa tidak pernah ada musuh atau berdendam dengan sesiapa malah sentiasa membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi rakan dan keluarganya.

Seorang lagi rakan mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Ahmad, 30, berkata beliau amat terkejut apabila dimaklumkan mengenai peristiwa yang menimpa sahabatnya itu.

“Ketika itu, saya sedang tidur dan tiba-tiba kawan saya telefon memaklumkan mengenai perkara tersebut. Walaupun saya berlainan agama dan bangsa tetapi saya dengan dia seperti adik-beradik, dia akan sentiasa tolong saya dan rakan-rakan jika ada masalah,” katanya.

Ahmad berkata beliau dan rakan-rakannya akan sentiasa membantu keluarga mangsa bagi mengurangkan beban mereka memandangkan anaknya masih kecil dan bersekolah.

“Dulu dia pernah bantu kami, jadi kami telah banyak terhutang budi dengan dia… tiba masanya kami pula yang membantu keluarganya,” katanya.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.40 pagi tadi, Thomas maut manakala seorang pemandu lori cedera parah selepas ditembak suspek yang menaiki sebuah motosikal.

Kedua-dua mangsa ditemui terbaring di lokasi kejadian dalam keadaan berlumuran darah. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]lAti_ZsZ_J8[/wpdevart_youtube]

Tags: kes tembak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tembak Ala Mafia Jadi Normal Baharu, Menteri Dalam Negeri Diminta Letak Jawatan

Tembak Ala Mafia Jadi Normal Baharu, Menteri Dalam Negeri Diminta Letak Jawatan

06/01/2026
0

KUALA LUMPUR | 6 Januari 2026 — Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) mendakwa insiden tembak ala mafia yang semakin kerap...

Lelaki Ditembak Mati, Polis Dedah Kronologi Insiden Dan Kenapa Suspek Asal Sepang Dalam Senarai Dikehendaki

Lelaki Ditembak Mati, Polis Dedah Kronologi Insiden Dan Kenapa Suspek Asal Sepang Dalam Senarai Dikehendaki

25/11/2025
0

SEPANG: Lelaki ditembak mati dalam kejadian berbalas tembakan di tepi jalan Batu 8, Jalan Banting-Dengkil, Dengkil, di sini malam tadi,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd