• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rafizi Dakwa TH Patut Saman Sivil Padanya Bukan Jenayah

oleh Ahmad Albab
02/03/2016
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pakar propaganda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli mendakwa Tabung Haji (TH) sepatutnya cuma mengemukakan saman sivil ke atasnya.

Dakwa beliau, TH tidak sepatutnya membuat laporan polis supaya beliau disiasat di bawah undang-undang jenayah.

“Jika TH berpendapat bahawa isu yang saya timbulkan adalah fitnah dan telah menjatuhkan reputasi TH, maka pengurusan TH sepatutnya mengambil tindakan saman sivil di mahkamah.

“Sebaliknya, TH membuat laporan polis dengan niat supaya saya didakwa di bawah akta jenayah (bukannya undang-undang saman sivil seperti biasa),” dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Rafizi yang juga Setiausaha Agung PKR berkata, tindakan saman sivil akan mengambil kira hak beliau sebagai Ahli Parlimen memberi komen berdasarkan maklumat yang beliau ketahui.

Katanya, semua pembuktian dan hak memberi komen di bawah pembelaan itu tidak wujud di bawah akta jenayah.

Rafizi dalam nada angkuh bagaimanapun menegaskan beliau bersedia untuk menghadapi pertuduhan di mahkamah kerana mempunyai `point’ besar untuk menentang kelak.

“Kuasa pendakwaan terletak di tangan Peguam Negara yang kebetulan adalah seorang Ahli Lembaga Pengarah TH.

“Jika pengurusan TH berharap “kebetulan” ini akan memudahkan saya didakwa di mahkamah, sudah tentu ia akan dicabar oleh peguam saya kerana pendakwaan itu boleh ditafsirkan sebagai pendakwaan terpilih atau pendakwaan yang berpunca dari pertembungan kepentingan,” katanya.

Beliau turut memberi jaminan akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada siasatan pihak berkuasa akibat laporan polis yang dibuat oleh TH keatasnya.

Mynewshub.cc semalam melaporkan Lembaga TH menafikan tuduhan agensi itu memberi jaminan korporat kepada syarikat bersekutunya, TH Heavy Engineering Berhad (THHE).

Sehubungan itu, TH membuat laporan polis ke atas Rafizi Ramli kerana menyebarkan dakwaan tidak berasas tersebut di media sosial.

Rafizi sebelum ini mendakwa TH memberi jaminan korporat kepada THHE.

Beliau turut melampirkan salinan sepucuk surat kononnya daripada kerajaan kepada pegawai kanan TH pada 8 Disember 2015 berkaitan perkara itu berjumlah sehingga AS$228.2 juta.

Rafizi mendakwa kerajaan meluluskan permohonan itu yang tertakluk kepada beberapa syarat digariskan. – Mynewshub.cc

Tags: Rafizi RamlisamanTabung Haji
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rafizi Persoal Ketepatan Angka Defisit Fiskal Negara

Rafizi Persoal Ketepatan Angka Defisit Fiskal Negara

26/01/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli mempersoalkan ketepatan angka defisit fiskal negara dengan alasan bahawa bayaran...

Tiga ADUN Fail Saman Cabar Keputusan Speaker Isytihar Kekosongan Kerusi

Tiga ADUN Fail Saman Cabar Keputusan Speaker Isytihar Kekosongan Kerusi

02/01/2026
0

Kangar: Setelah lama mendiamkan diri di sebalik kemelut politik yang melanda Perlis, tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perlis secara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd