• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kecoh! Qu Puteh Masuk Sekolah, AJK PIBG Kena Pakai Baju ‘Pink’

oleh AK-47
18/02/2016
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

MERAH jambu menjadi sinonim dengan pemilik produk Qu Puteh, Dato Seri Dr. Hajah Vida selepas warna tersebut dicat pada Stadium Sultan Muhammad IV sebagai syarat menjadi penaja utama pasukan Bola Sepak Kelantan musim ini.

Ternyata warna pink berhasil mengangkat jenama Qu Puteh menjadi lebih popular, lihatlah di mana-mana sahaja tidak kira laman sosial mahu pun warung kedai kopi, semua orang sibuk bercakap tentang Qu Puteh sambil membuat gaya tangan di wajah mereka. Memang menjadi ilham marketing Dr. Vida ini.

Anda juga pasti masih terkenang-kenang tagline “Qu Puteh” yang dilakukan secara agresif ketika Anugerah Juara Lagu ke-29 (AJL29) pada tahun lepas.

Boleh dikatakan dalam sekelip mata, Dr Vida menjadi selebriti dalam bidang sukan mahupun hiburan.

Terbaharu, jutawan kosmetik ini dikatakan memperluaskan lagi kuasa pemasarannya dengan memasuki institusi pendidikan menerusi sekolah.

Menerusi satu surat jemputan sempena Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) yang diadakan di Sekolah Kebangsaan Kamil 1, Pasir Puteh, Kelantan; Dato Vida dimaklumkan akan menjadi jemputan khas yang akan merasmikan penutupan majlis tersebut.

quputeh

Sehubungan itu, para ibu bapa diminta hadir dengan berpakaian formal iaitu baju warna merah jambu bagi lelaki dan baju atau tudung warna sama bagi perempuan.

Kandungan surat tersebut turut menyebut mengenai tawaran promosi hebat yang dijalankan oleh Qu Puteh di mana jualan produk Pamoga akan dilakukan pada hari berkenaan pada harga murah. Justeru para ibu bapa digalakkan mengajak pasangan, jiran-jiran dan rakan-rakan untuk turut sama hadir bagi merebut promosi yang dijalankan itu.

Sehubungan surat jemputan PIBG yang tersebar ini, Kesatuan Perkhidmatan Pengurusan Kebangsaan (NUTP) mengeluarkan kenyataan menerusi sebuah akhbar tempatan meminta supaya Datuk Seri Dr. Vida tidak menggangu proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

quputeh6

Presiden NUTP Hashim Adnan berkata, sekolah merupakan tempat untuk pelajar menimba ilmu dan tidak seharusnya digunakan untuk mempromosikan produk.

Selain itu, guru besar sekolah terbabit boleh dikira telah melanggar peraturan kerana beliau sepatutnya berhubung dengan Jabatan Pendidikan Negeri sebelum mengeluarkan surat tentang etika berpakaian ketika menghadiri jemputan mesyuarat PIBG.

Walau bagaimanapun gara-gara kekecohan yang timbul ini, guru besar sekolah terbabit memaklumkan Dr Vida mungkin tidak akan menghadiri majlis yang dijadualkan berlangsung esok itu. – MYNEWSHUB.CC

Tags: KelantanQu Puteh
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jabatan Agama Islam Kelantan Sudah Ambil Alih Kes Rogol `Suka Sama Suka’

Jabatan Agama Islam Kelantan Sudah Ambil Alih Kes Rogol `Suka Sama Suka’

18/12/2025
0

KOTA BHARU: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) sudah menerima laporan kes rogol `suka sama suka' membabitkan remaja perempuan...

Suami Lakukan Dua Tikaman Pada Bahagian Belakang Guna Pisau – Polis Kelantan

Suami Lakukan Dua Tikaman Pada Bahagian Belakang Guna Pisau – Polis Kelantan

01/12/2025
0

TANAH MERAH – Isteri maut ditikam dua kali di bahagian belakang badannya oleh suami menggunakan sebilah pisau di dapur rumah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd