• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 25, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Yakin Selesai Kes Tembak Berdasarkan Rakaman CCTV

oleh Ahmad Albab
12/02/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGETOWN – Polis yakin dapat menyelesaikan kes ahli perniagaan yang maut ditembak di Jalan Datuk Keramat di sini pada Khamis lepas, dalam tempoh terdekat selepas meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Mior Faridalathrash Wahid berkata menerusi rakaman itu pihaknya mendapati dua lelaki terbabit dalam kejadian berkenaan dan disahkan enam tembakan dilepaskan terhadap mangsa dari jarak dekat.

“Dua lelaki menunggang motosikal dilihat berhenti berhampiran kereta mangsa sebelum pemboncengnya turun dan melepaskan tembakan terhadap mangsa.

“(Berdasarkan rakaman) Penembak itu dalam lingkungan lewat 20-an dan berkulit putih, manakala penunggang motosikal berkulit gelap. Daripada rakaman CCTV ini polis percaya dan yakin dapat selesaikan kes ini dalam tempoh terdekat,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Dalam kejadian pukul 3.30 pagi Khamis lalu, Syed Amen Jainul Abidin, 46, maut selepas ditembak di hadapan sebuah kedai motosikal berkuasa tinggi.

Dalam pada itu, Mior Faridalathrash meminta orang ramai tidak membuat pelbagai spekulasi terutama di media sosial mengenai kes berkenaan sehingga mengaitkan pembunuhan Syed Amen dengan politik dan pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

“Biar polis siasat apa motif sebenar kejadian. Ada kata ia mempunyai kaitan dengan tindakan pegawai JPJ sebab si mati pernah maki hamun pegawai jabatan itu.
Mangsa sudah dituduh di mahkamah, kes itu masih dalam perbicaraan.

“Jangan bagi komen negatif yang mana kita (polis) percaya tidak tepat dan tidak benar kerana tindakan itu boleh menggusarkan masyarakat,” katanya.

Sementara itu beliau turut menafikan mangsa adalah pemilik restoran nasi kandar terkenal yang terletak di Jalan Penang di sini.

“Mangsa hanya mempunyai perhubungan keluarga dengan pengusaha restoran itu,” katanya. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]puTvO_L11HE[/wpdevart_youtube]

Tags: kes tembakSyed Amen
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Najib Doakan Kesejahteraan Roh Allahyarham Nik Aziz

Next Post

393 Sampel Darah Negatif Virus Zika

Related Posts

TERKINI: Empat Lagi Ditahan Berkait Kes Tembak Di Simpang Renggam

TERKINI: Empat Lagi Ditahan Berkait Kes Tembak Di Simpang Renggam

21/02/2025
0

JOHOR BAHRU: Polis menahan menahan empat lagi suspek warga tempatan yang dipercayai terlibat dalam kes tembakan di Machap, di Simpang...

‘Saya Minta Dia Simpan Pistol Supaya Anak Tidak Takut’

‘Saya Minta Dia Simpan Pistol Supaya Anak Tidak Takut’

10/02/2025
0

Shah Alam : "Kami sekeluarga berdepan detik mencemaskan selama 45 minit di dalam kereta bersama lelaki itu yang mengacu pistol...

Next Post

393 Sampel Darah Negatif Virus Zika

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd