• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Digesa Siasat Video Lelaki Makan Anak Tikus

oleh Ahmad Albab
26/02/2016
dalam Hangat, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LONDON – Pertubuhan Layanan Beretika untuk Haiwan (PETA) mendesak pihak berkuasa Britain menyiasat satu video menerusi Internet menunjukkan seorang lelaki memakan anak tikus hidup-hidup.

Video berkenaan yang dimuat naik melalui LiveLeak menunjukkan seorang lelaki memasukkan seekor anak tikus ke dalam mulut dan terus mengunyahnya dengan penuh berselera.

Lebih menjijikkan lagi, isi perut anak tikus itu dilihat terpercik ke kamera ketika lelaki tersebut mengunyah daging haiwan berkenaan.

Lelaki itu kemudian dilihat hampir termuntah sebelum dia segera meneguk sebotol air.

Tindakan itu menyebabkan lelaki berkenaan dikritik teruk pengguna Internet yang menganggapnya sebagai kejam.

Pengarah PETA Britain, Mimi Bekhechi mendesak pihak berkuasa menyiasat lokasi video itu dirakam dan mengambil tindakan terhadap lelaki berkenaan.

“Lelaki ini mengalami masalah mental dan dia perlu dikeluarkan dari komuniti untuk kebaikan dirinya sendiri.

“Seseorang yang tergamak menghancurkan haiwan kecil yang tidak berdaya ini sudah pasti menimbulkan kebimbangan orang ramai,” katanya. – Agensi/myMetro Online

Tags: PETAtikus
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tikus Jamah Ayam Goreng, Lesen Restoran Dibatalkan Serta-Merta

Tikus Jamah Ayam Goreng, Lesen Restoran Dibatalkan Serta-Merta

26/12/2022
0

Ampang Jaya : Restoran di Pandan Indah, di sini, dikenakan tindakan pembatalan lesen serta-merta susulan seekor tikus ditemui menjamah ayam...

Video Tular Tikus ‘Jamah’ Ayam Goreng, Restoran Diarah Tutup

Video Tular Tikus ‘Jamah’ Ayam Goreng, Restoran Diarah Tutup

25/12/2022
1

PUTRAJAYA : Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan sebuah restoran di Pandan Indah, Kuala Lumpur, ditutup 14 hari selepas tular video menunjukkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd