KUALA LUMPUR – Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainal Abidin mendakwa Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (ASWAJA) sebuah organisasi yang menyempitkan pemikiran umat Islam.
Kata beliau, Ahli Sunnah Wal Jamaah tidak boleh digerakkan sebagai sebuah pertubuhan kerana ia satu anutan oleh sesiapa sahaja yang mengikuti jalan Nabi Muhammad S.A.W dan para salafussoleh.
“Bukanlah Ahli Sunnah Wal Jamaah pemaki hamun orang lain, pengkafir umat, mengada-adakan pembohongan ke atas pihak lain dan pendusta atas nama agama.
“Pada wajah para penghayat sunnah itu ada nur tanda tauhid yang benar dan jiwa yang baik,” katanya dalam satu kenyataan hari ini, dipercayai bagi menyindir paras rupa Presiden ASWAJA, Dr. Zamihan Mat Zin Al Ghari.
Perbalahan antara Mohd. Asri dan Zamihan bermula apabila Mohd. Asri menuduh Zamihan penyebab beliau dilarang daripada memberi ceramah agama di Johor oleh Majlis Agama Islam Johor (MAIJ).
MAIJ melarang Mohd. Asri memberi ceramah agama di Johor selepas mendapati ceramah beliau dikhuatiri menyimpang dan memecahbelahkan umat Islam negara ini.
Zamihan bagaimanapun menafikan dakwaan Mohd Asri dengan berkata, adalah mustahil beliau dapat mempengaruhi MAIJ kerana badan itu merupakan pihak berkuasa agama yang berstruktur, telus dan bebas membuat keputusan secara eksklusif tanpa campur tangan pihak luar.
“Saya tidak pernah berusaha untuk meracuni sesiapa pun dalam soal larangan berceramah,†ujar Zamihan.
Perbalahan kedua-dua mereka semakin memuncak apabila Zamihan mendedahkan Mohd. Asri berbohong kerana mendakwa beliau telah setuju untuk berdebat dengannya.
Zamihan dalam satu kenyataan kelmarin, menegaskan tidak menerima sebarang surat jemputan untuk berdebat dengan Mohd. Asri.
“Membuat keputusan tanpa merujuk tuan badan akan membuka ruang bagi menuduh saya takut untuk berdebat atau berwacana dengan Mohd. Asri pada tarikh berkenaan. Ternyata orang seperti ini mahir dengan seni auta,â€Â sindir Zamihan. - MYNEWSHUB.CC
[wpdevart_youtube]x1KP8YoH-0Y[/wpdevart_youtube]

