• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penyanyi Dangdut Singapura ‘Meletup’ Di Indonesia

oleh
05/02/2016
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JAKARTA – Nama penyanyi dangdut dari Singapura Rosalina Musa tiba-tiba ‘meledak’ di seluruh Indonesia! Siapa sangka, penyanyi ini boleh ‘meletup’ di Indonesia – negara yang menjadi asal malah dianggap ‘kerajaan dangdut’.

Itulah hakikatnya setelah Rosalina pernah menerima undangan rasmi dari stesen terkenal, Indosiar untuk menjadi salah seorang pengulas tetap bagi rancangan realiti hiburan berskala besar D Academy Asia 2015.

Rancangan tersebut mempertaruhkan bakat-bakat nyanyian dari serata benua Asia untuk genre dangdut dan irama tradisional, menurut Rosalina yang lebih akrab disapa sebagai Kak Ros oleh para peminatnya di Indonesia.

Stesen Indosiar turut mengundang secara bergilir-gilir ramai penyanyi popular seperti Inul Darista, Amelina, Mas Idayu, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin, Iis Dahlia serta pereka fesyen terkenal dari Indonesia iaitu Ivan Gunawan.

Rosalina memulakan tugas rasminya selaku komentator pada 16 November tahun lalu. Populariti penyanyi yang popular menerusi lagu Marah sebelum ini dapat dilihat apabila pengikutnya di Istagram melonjak mendadak.

Daripada hanya kira-kira 1,200 pengikut di Singapura sebelum beliau menyertai rancangan D Academy Asia 2015, ia kini mencapai hampir 600,000 pengikut setia dengan sebahagian besarnya adalah dari seluruh Indonesia.

“Dalam masa 4 hari pasang balik akaun Instagram, ada 100,000 pengikut. Ada dari Indonesia, Malaysia, Brunei, Hong Kong dan Taiwan yang bekerja di sana. Paling sikit yang “suka” dengan foto saya ialah 5,000 orang.

“Pernah juga ada 20,000 pengikut ‘suka’. Tak terbaca komen-komen mereka” katanya yang turut diserbu oleh para peminat yang sanggup datang dari jauh untuk berjumpa dan berfoto dengannya di Jakarta baru-baru ini.

“Terharu, tak pernah rasa macam itu. Kita jalan saja orang dah panggil-panggil, nak bergambar, dikerumun. Mereka tunggu dari pagi, ada datang dari Bandung atau Lampung ke Jakarta nak bergambar. Kesian.” katanya.

Adakah penyanyi yang peramah itu menganggap dirinya lebih dihargai di Indonesia jika dibandingkan dengan Singapura? Dan ini jawapannya ketika dihubungi oleh agensi berita MediaCorp Singapore baru-baru ini.

“Saya tidak salahkan mana-mana pihak atau rasa tidak ada penyokong di negara sendiri. Di Singapura tiada program televisyen untuk dangdut. Kita tidak ada banyak platform untuk penyanyi dangdut buat persembahan.

“Setahun adalah dua kali acara di balai rakyat. Di Indonesia, macam-macam saluran televisyen tempatan ada rancangan dangdut tersendiri. Kita akan jadi cepat lebih popular,” jelas Rosalina lagi kepada Mediacorp.

Pendedahan serta rangkaian yang beliau peroleh sepanjang musim pertama D Academy Asia 2015 itu amatlah berharga dan beliau mempunyai lebih ramai kenalan dari Indonesia yang dapat memberi maklum balas.

Ia amat penting untuk pembikinan album mini Rosalina yang bakal memuatkan lagu-lagu lama disusun semula untuk pasaran Indonesia selain mempertaruhkan sebuah lagu baharu berjudul Beri Tepukan Yang Gemuruh.

Single terbaru dengan liriknya hasil nukilan Rosalina sendiri mendapat sambutan yang baik daripada peminat-peminat di Indonesia apabila beliau pernah membawakan lagu tersebut di pentas D Academy Asia 2015.

Bersikap lebih realistik, penyanyi kecil molek gemar tertawa riang tersebut malah tidak mengharapkan mana-mana pihak pun untuk membiayai kos atau menerbitkan album mini beliau yang sedang giat diusahakan itu.

“Kita nak kena faham. Di Indonesia, ramai penyanyi yang bagus-bagus. Semua berbakat. Saya tidak mengharapkan sesiapa untuk buatkan album saya. Komentator lain seperti Amelina pun buat album sendiri,” terang Rosalina.

Beliau namun tidak menafikan terpukul apabila terpaksa berjauhan dengan suami dan anak lelaki untuk sertai D Academy Asia 2015 lalu. Ketika baharu bermula menyertai program itu, beliau menangis pada hari kelima.

“Ya Allah, hanya Tuhan sahaja tahu betapa seksanya. Hari kelima bangun saja sudah melalak. Hendak tidur pun menangis. Terasa rindu. Setiap hari saya mesti berbual dengan anak dan suami. Suami selalu sokong saya.

“Bos kebetulan bagi tau nak bawa saya ke Karawang untuk dua konsert. Saya menangis sebab rindu dengan anak. Penerbit pun panik dan kasi pilihan,” cerita beliau. Rosalina akhirnya memilih untuk tidak menyertai konsert itu.

Ini meskipun suaminya mengizinkan dan akan menyusul datang ke Indonesia membawa anak mereka berjumpa Rosalina sendiri. Beliau namun berbangga kehadirannya di Indonesia berjaya mengharumkan nama Singapura.

“Saya tak ke Karawang. Ini juga dugaan. Tuhan nak tengok saya tamak ke tidak. Tuhan nak tengok saya pandai sesuai waktu dengan suami atau tidak. Saya kena balik dan uruskan hati. Kalau rezeki ada memang tak ke mana”.

Yang pasti beliau sudah pun bersetuju menerima pelawaan pihak Indosiar untuk menjadi komentator tetap musim baharu D Academy Asia 2016 dijangka bermula Oktober ini sekali gus bintang Rosalina masih lagi bersinar-sinar.

(Gambar-gambar: Rosalina Musa) – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: dangdutSingapura
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kanak-Kanak 6 Tahun Maut Dirempuh Kereta Di Chinatown, Orang Ramai Berang Sikap Pemandu

Kanak-Kanak 6 Tahun Maut Dirempuh Kereta Di Chinatown, Orang Ramai Berang Sikap Pemandu

09/02/2026
0

Dia langgar orang....dia pulak nak mengamuk.... OLEH MYNEWSHUB  SINGAPURA – Seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun maut selepas dirempuh sebuah...

Aksi Goyang Dangdut Cemari Program Israk Dan Mikraj Di Banyuwangi

Aksi Goyang Dangdut Cemari Program Israk Dan Mikraj Di Banyuwangi

17/01/2026
0

BANYUWANGI– Sebuah video memperlihatkan persembahan aksi tarian muzik dangdut sempena program peringatan Israk Mikraj Nabi Muhammad SAW di Desa Parangharjo,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd