• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pensyarah UM Dilepaskan & Dibebaskan Daripada Tuduhan Menghasut

oleh Ahmad Albab
19/02/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Mahkamah Sesyen di sini, hari ini melepaskan dan membebaskan pensyarah undang-undang Universiti Malaya (UM) Prof Madya Dr Azmi Sharom daripada pertuduhan mengeluarkan perkataan menghasut berhubung krisis politik di Perak, dua tahun lepas.

Hakim Amernudin Ahmad membuat keputusan itu terhadap Azmi, 46, selepas mendengar hujahan Timbalan Pendakwa Raya Ezrene Zakariah dan peguam Gobind Singh Deo yang mewakili Azmi.

Hari ini ditetapkan bagi pihak pendakwaan dan pembelaan mengemukakan hujahan di akhir kes pendakwaan.

“Selepas meneliti permohonan pendakwaan dan hujahan peguam bela, mahkamah memutuskan tertuduh dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan di bawah Akta Hasutan,” kata Hakim Amernudin.

Terdahulu, Ezrene memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihak pendakwaan tidak lagi berniat meneruskan pendakwaan terhadap tertuduh.

“Saya menerima arahan setakat ini pihak pendakwaan tidak lagi berniat meneruskan pendakwaan, mohon kes dilepaskan tanpa dibebaskan (DNAA) terhadap tertuduh,” katanya.

Gobind bagaimanapun berkata anak guamnya itu sepatutnya dilepas dan dibebaskan dengan mengambil kira kes berkenaan berlanjutan sejak 2014, dan peguam negara sendiri telah mengeluarkan kenyataan untuk memberhentikan pendakwaan terhadap Azmi pada 12 Feb lepas.

Katanya kenyataan peguam negara itu juga jelas menunjukkan bahawa tidak ada sebab atau keperluan untuk kes itu diteruskan.

“Kes ini bukan satu kes yang baharu kerana ia bermula sejak 2014 dan telah dirujuk ke Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Persekutuan,” katanya, sambil memberitahu ia telah dibicarakan dan semua saksi pendakwaan telah memberi keterangan.

Pada 14 Jan lepas, pihak pendakwaan telah menutup kes selepas mengemukakan empat saksi untuk memberi keterangan dalam perbicaraan terhadap Azmi.

Azmi didakwa atas pertuduhan menyebut perkataan menghasut berhubung komennya dalam berita bertajuk ‘Take Perak crisis route for speedy end to Selangor impasse, Pakatan told’.

Dia didakwa menyatakan perkataan menghasut itu di pejabat Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, Jalan Hang Tuah pada pukul 12.30 tengah hari, 15 Ogos 2014.

Azmi, yang juga Presiden Persatuan Kakitangan Akademik UM, juga telah didakwa terhadap pertuduhan pilihan iaitu menerbitkan perkataan menghasut berhubung krisis sama, pada masa dan tempat yang sama.

Pada 6 Okt tahun lepas, Mahkamah Persekutuan memutuskan Akta Hasutan ialah undang-undang yang sah selepas menolak permohonan Azmi yang mencabar perlembagaan Akta Hasutan.

Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali pada 12 Feb lalu mengeluarkan kenyataan untuk memberhentikan pendakwaan terhadap Azmi selepas menggugurkan pertuduhan hasutan terhadapnya.

Keputusan itu dibuat selepas mengkaji keterangan semua saksi pendakwaan yang telah memberi keterangan di mahkamah dan tindakan untuk memberhentikan pendakwaan mengikut Akta Hasutan pernah dilakukan terhadap kes Anggota Parlimen Seputeh Teresa Kok Suh Sim sebelum ini.

Ketika ditemui di luar mahkamah, Azmi memberitahu pemberita bahawa beliau merasa lega dan berterima kasih dengan keputusan itu. – BERNAMA

Tags: hasutanPensyarah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kebebasan Bersuara Bukan Lesen Kutuk, Hina Institusi Pentadbiran Negara

Next Post

Cadangan Kaji Semula Kesalahan Ganja Perlu Diperhalusi

Related Posts

UM, Pihak Berkuasa Siasat Dakwaan Pensyarah Lakukan Gangguan Seksual – KPT

UM, Pihak Berkuasa Siasat Dakwaan Pensyarah Lakukan Gangguan Seksual – KPT

21/12/2024
0

Putrajaya: Unit Integriti Universiti Malaya (UM) sedang menjalankan siasatan secara aktif berhubung kes gangguan seksual yang melibatkan seorang pensyarah universiti...

Kenyataan Berbaur Hasutan, Akmal Beri Keterangan Esok

Kenyataan Berbaur Hasutan, Akmal Beri Keterangan Esok

28/09/2024
0

Jasin : Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh akan dipanggil memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD)...

Next Post

Cadangan Kaji Semula Kesalahan Ganja Perlu Diperhalusi

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd