• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelarian Syria Ke Malaysia Perlu Jalani Tapisan Keselamatan

oleh Ahmad Albab
13/02/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Setiap pelarian Syria yang dibawa masuk ke Malaysia perlu menjalani tapisan keselamatan bagi memastikan mereka bukan anggota Daesh atau tidak terlibat dalam aktiviti militan.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata proses tapisan itu dijalankan menerusi Sistem Tapisan Awal Penumpang (APSS) dengan kerjasama Polis Antarabangsa (Interpol) dan Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR).

“Kita ambil langkah ini untuk lihat latar belakang pelarian terutamanya jika ada dalam kalangan mereka yang secara langsung atau tidak langsung terlibat dengan Daesh, umpamanya.

“Sudah pasti kita beri keutamaan kepada aspek keselamatan jika mereka ingin berada di Malaysia,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan skuter elektrik Mini MAD Velocifero Malaysia di sini, Sabtu.

Ahmad Zahid berkata demikian ketika diminta mengulas langkah kerajaan untuk memastikan pelarian Syria yang masuk ke negara ini bukannya kalangan anggota militan Daesh.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada sesi Ke-70 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Oktober lepas mengumumkan Malaysia akan membuka pintunya kepada 3,000 pelarian Syria dalam tempoh tiga tahun akan datang bagi membantu meringankan krisis pelarian.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata bagi peringkat pertama, sebanyak lima keluarga pelarian Syria telah berada di Malaysia dan kerajaan dalam proses membawa masuk kumpulan kedua pelarian itu.

“Kita akan utamakan pelajar Syria di Malaysia yang berhasrat membawa keluarga mereka ke negara ini, keluarga pekerja Syria yang telah bekerja di Malaysia seperti chef yang bekerja di restoran dan keluarga golongan profesional seperti doktor perubatan atau yang terlibat dalam bidang kejuruteraan,” katanya.

Sementara itu, ketika mengulas keputusan membawa masuk 1.5 juta pekerja Bangladesh ke Malaysia, Ahmad Zahid sekali lagi menegaskan ia dibuat bukan atas kehendak kerajaan tetapi atas permintaan pasaran.

Beliau berkata kerajaan hanya memenuhi kehendak pihak majikan yang merungut bahawa perniagaan atau perusahaan mereka merosot kerana kekurangan pekerja.

“Bukan kerana kerajaan nak kutip levi dan bukan kerana nak sekat peluang rakyat Malaysia tetapi rakyat Malaysia tidak mahu bekerja dalam sektor tertentu seperti perladangan dan pembinaan.

“Berapa ramai yang mahu berpanas, berhujan dalam sektor pembinaan. Berapa ramai yang nak kerja dalam sektor 3D (Bahaya, Kotor dan Sukar). Jangan lihat dari aspek negatif tetapi lihat dari aspek permintaan majikan, aspek untuk pembangunan ekonomi, jangan salahkan kerajaan,” katanya.

Mengenai dakwaan bahawa permintaan itu tidak pernah dibuat oleh Persatuan Pengusaha-Pengusaha Kilang Malaysia, beliau berkata walaupun persatuan itu tidak membuat permohonan itu tetapi ada anggotanya yang mengemukakan permohonan terus kepada pihak Kementerian Sumber Manusia, Jabatan Imigresen dan Kementerian Dalam Negeri.

“Saya harap mereka akan semak dengan anggota mereka sama ada benar mereka atau pihak majikan memohon terus kepada tiga agensi ini,” katanya.

Ahmad Zahid sebelum ini menjelaskan bahawa kemasukan pekerja Bangladesh tidak akan dibuat secara serentak, sebaliknya dilaksanakan dalam tempoh tiga hingga lima tahun. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]2PgklxBxVlw[/wpdevart_youtube]

Tags: Zahid Hamidi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PPP Diterima Kembali Dalam BN – Zahid

PPP Diterima Kembali Dalam BN – Zahid

18/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Parti Progresif Penduduk (PPP) diterima kembali sebagai parti komponen dalam Barisan Nasional (BN). Perkara itu diumumkan Pengerusi BN,...

3 Realiti Utama Politik Negara Perlu Dihadapi UMNO – Zahid

3 Realiti Utama Politik Negara Perlu Dihadapi UMNO – Zahid

16/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggariskan tiga realiti utama perlu dihadapi UMNO berdasarkan hakikat dan cabaran dihadapi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd