• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Padah Tahan Kencing, Messi Kena Batu Karang Di Ginjal

oleh
12/02/2016
dalam Hangat, Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

MADRID – Pemain terbaik dunia sebanyak lima kali, Lionel Messi dari Argentina dilaporkan sedang menjalani rawatan bagi masalah batu karang pada buah pinggangnya, menurut agensi berita AFP pada Selasa.

Masalah tersebut menyebabkan bintang bola sepak Sepanyol itu tidak ‘turun padang’ dalam perlawanan separuh akhir Piala Dunia Kelab FIFA pada Disember tahun lalu, menurut kenyataan kelab bola sepak Barcelona.

Messi, menjalani pelbagai ujian pada 8 dan 9 Februari untuk memeriksa masalah “renal colic“, iaitu kesakitan pada bahagian perut yang biasanya disebabkan oleh masalah batu karang yang dihadapinya tahun lalu.

Beliau dijangka kembali beraksi pada Rabu, apabila skuad Barca bakal berentap dengan kelab tempatan, Valencia dalam perlawanan kedua peringkat separuh akhir piala Copa del Rey.

Penerima anugerah Ballon d’Or FIFA atau Pemain Bola Sepak Terbaik Dunia sebanyak lima kali itu dilaporkan menerima rawatan litotripsi, iaitu kaedah gelombang kejutan ultrabunyi untuk menghapuskan batu karang.

“Pembedahan ini biasanya mengambil masa antara 45 minit sehingga sejam dengan pesakit perlu diberikan ubat pelali atau dalam sesetengah kes, bius anestesia,” lapor akhbar tempatan Mundo Deportivo.

Messi yang berusia 28 tahun mengalami masalah “renal colic“, yang biasanya disebabkan batu karang pada ginjal semasa berada di Jepun pada Disember lalu. Lazimnya ia timbul akibat sikap suka menahan kencing.

Ini turut menyebabkan beliau terpaksa tidak beraksi dalam perlawanan separuh akhir antara Barcelona dengan Guangzhou Evergrande dari China, yang mujur akhirnya dimenangi oleh Barca.

Messi sembuh tepat pada masanya apabila sempat beraksi dalam perlawanan akhir dengan Barca menumpaskan River Plate dari Argentina 3-0 malah menjaringkan gol pembukaan perlawanan itu. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Lionel Messi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kemunculan Singkat Messi Di Kolkata Cetus Kekecewaan 80,000 Peminat, Sebabkan Rusuhan

Kemunculan Singkat Messi Di Kolkata Cetus Kekecewaan 80,000 Peminat, Sebabkan Rusuhan

13/12/2025
0

Kemunculan Singkat Messi Di Kolkata Cetus Kekecewaan 80,000 Peminat Oleh Mynewshub  KOLKATA, INDIA – Kemunculan legenda bola sepak dunia, Lionel...

Tawar RM4.42 Juta Untuk Jubah Messi

Tawar RM4.42 Juta Untuk Jubah Messi

24/12/2022
0

SEORANG ahli Parlimen Oman menawarkan Lionel Messi AS$1 juta (RM4.42 juta) untuk jubah dipakainya selepas Argentina muncul juara Piala Dunia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd