• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 7, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nama Anak Panda Gergasi Diketahui Mac

oleh Ahmad Albab
25/02/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Nama anak panda gergasi yang dilahirkan 18 Ogos lepas akan diumumkan pada satu majlis khas di Pusat Konservasi Panda Gergasi, Zoo Negara pertengahan Mac ini.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata sembilan nama telah disenarai pendek daripada 104 penyertaan pada saringan akhir oleh tiga juri profesional bahasa Mandarin.

Senarai sembilan nama itu akan dimaklumkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan seterusnya dikemukakan kepada kerajaan China untuk persetujuan dalam masa terdekat, katanya.

“Sekiranya kerajaan China mendapati kesemua nama itu sesuai dan mempunyai maksud baik berlandaskan sejarah negara China, barulah nama itu dibawa ke mesyuarat kabinet untuk memilih satu nama sahaja,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan hadiah tajaan bagi pertandingan menamakan anak panda gergasi di sini Khamis.

Panda betina, Liang-Liang, melahirkan anaknya pada 18 Ogos lepas iaitu hanya 15 bulan ia dan pasangannya Xing-Xing dipinjam dari China.

Dengan kelahiran itu ia menjadikan Malaysia sebagai negara pertama di dunia anak panda dilahirkan secara semula jadi dalam kurungan.

Xing Xing dan Liang Liang yang dipinjamkan oleh Beijing, tiba di negara ini pada 21 Mei tahun lepas sebagai simbol jalinan hubungan diplomatik 40 tahun antara Kuala Lumpur dan Beijing.

Menurut Wan Junaidi, sepanjang berlangsungnya pertandingan itu selama sebulan bermula 17 Nov lalu, pihaknya menerima 22,830 penyertaan dan kemudian disenarai pendek oleh juri-juri terdiri daripada pensyarah dan ketua pengarang akhbar Cina tempatan.

Terdahulu, Wan Junaidi menerima lima hadiah tajaan Pertandingan Menamakan Anak Panda Gergasi iaitu sebuah kereta Perodua Myvi bagi tempat pertama dan dua buah motosikal jenis Demak Rino serta Demak DJ.

Pertandingan itu juga menawarkan hadiah sebuah TV Plasma berukuran 42 inci dan wang tunai berjumlah RM10,000 kepada pemenang-pemenang saguhati.

Kesemua hadiah pertandingan itu ditaja oleh Syarikat KS Holding Bhd, Demak Marketing Sdn Bhd dan Persatuan Zoologi Malaysia.

Dalam pada itu, Wan Junaidi berkata berat anak panda betina berkenaan ketika ini adalah 12.5 kilogram. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]Eedui0VWe9s[/wpdevart_youtube]

Tags: panda
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Anggota Parlimen Indonesia Terbabit Penyalahgunaan Dadah

Next Post

Pekerja Asing Tanpa Permit Mudah Dieksploitasi

Related Posts

Panda Zoo Negara Akan Kembali Ke China, Mei Ini

Panda Zoo Negara Akan Kembali Ke China, Mei Ini

31/03/2023
0

Orang ramai hanya memiliki tempoh kira-kira sebulan setengah untuk melihat aksi comel anak panda Yi Yi dan Sheng Yi di...

2 Anak Panda Nama ‘Bayi Salji’, ‘Buah Hati Yang Baik’

26/04/2018
0

DUA ekor panda gergasi telah berjaya dilahirkan pada Oktober tahun lalu dan baru sahaja diberi nama setelah enam bulan kelahirannya...

Next Post

Pekerja Asing Tanpa Permit Mudah Dieksploitasi

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd