• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Misi Tangani Jalan Berlubang Di Ibu Kota

oleh Ahmad Albab
09/02/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Menyedari bahawa keadaan jalan di bandar raya ini perlu sentiasa diselia dan dinaik taraf, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah meletakkan misi untuk memastikan bandar raya ini bebas daripada masalah jalan berlubang menjelang tahun 2017.

Tanggungjawab ini diletak di bahu Jabatan Kejuruteraan Awam dan Pengangkutan Bandar DBKL.

Timbalan Pengarah Kanan jabatan itu, Sabudin Mohd Salleh berkata DBKL menyedari banyak berlaku masalah jalan berlubang, mendap, tampalan tidak sempurna dan retak sehingga mengundang banyak masalah lain seperti menjadi punca kepada kemalangan.

Menurutnya faktor utama yang menyebabkan masalah jalan berlubang ialah pembangunan berterusan yang sentiasa berlaku di sekitar ibu kota serta diikuti kaedah penurapan jalan tidak sempurna yang dilakukan syarikat utiliti yang bertanggungjawab mengorek lubang.

“Sehubungan itu DBKL sentiasa sedang memantau setiap projek pembangunan yang dilaksanakan di bandar raya ini demi memastikan setiap jalan, laluan pejalan kaki terutama yang terletak berhampiran tapak projek berada dalam keadaan baik dan selamat digunakan.

“Sekiranya keadaan adalah sebaliknya, DBKL akan menarik balik permit kelulusan pembangunan atau tidak meluluskan sijil kelayakan kepada pemaju,” kata Sabudin.

Beliau berkata adalah menjadi tanggungjawab pihak pemaju membaiki jalan yang rosak berhampiran tapak projek mereka yang disebabkan kekerapan lori bermuatan tinggi keluar-masuk di jalan utama sedia ada sehingga jalan menjadi berlekok, berlopak dan seterusnya berlubang.

Selain itu Sabudin berkata mulai tahun ini, syarikat utiliti tidak lagi dibenarkan membuat kerja menurap jalan yang mereka korek, sebaliknya ia akan dilaksanakan sepenuhnya oleh pihak DBKL dengan kos turapan akan ditanggung syarikat utiliti berkenaan.

Beliau berkata untuk tujuan turapan sahaja, DBKL telah melantik 24 buah kontraktor untuk berbuat demikian.

“Sejumlah 13,612 jalan berlubang di sekitar Kuala Lumpur telah diturap dan diperbaiki oleh pihak kami tahun lepas dan bagi bulan Januari tahun ini, sebanyak 1,153 jalan telah kami perbaiki,” katanya.

Sabudin menambah DBKL memperuntukkan lebih RM100 juta bagi mengurus jalan raya serta saliran di bawah bajetnya bagi tahun ini. – BERNAMA

Tags: jalan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Raptai ASEAN-GCC: Jalan Sesak Akibat Ditutup

Raptai ASEAN-GCC: Jalan Sesak Akibat Ditutup

21/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Beberapa jalan di sekitar ibu negara ditutup sempena raptai Sidang Kemuncak ASEAN-Majlis Kerjasama Teluk (ASEAN-GCC) 2025. Antara jalan...

RM1.8 Bilion Diperuntuk Selenggara Jalan Tahun Ini

RM1.8 Bilion Diperuntuk Selenggara Jalan Tahun Ini

20/08/2022
0

Sebanyak RM1.08 bilion diperuntukkan bagi kerja-kerja penyenggaraan Jalan Persekutuan di seluruh Malaysia tahun ini, kata Menteri Kerja Raya Datuk Seri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd