• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Melayu Islam Perlu Tolak Fitnah, Perpecahan Dalaman – Zahid

oleh Ahmad Albab
13/02/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR GAJAH – Orang Melayu beragama Islam perlu menolak fitnah dan perpecahan dari dalam bagi membolehkan bangsa itu membina kekuatan mereka, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata Melayu Islam perlu mengambil pengajaran daripada kejatuhan empayar Islam dan empayar Melayu sebelum ini, disebabkan fitnah dan perpecahan dari dalam bangsa itu sendiri.

“Dua faktor inilah yang menjadi kejatuhan Melayu Islam. Bangsa ini kalau diserang dari luar akan kukuh bersatu, tetapi mudah benar berpecah sekiranya diserang dari dalam.

“Dalam dunia tanpa sempadan ini, mudah benar fitnah disebar. Justeru Melayu moden perlu tolak fitnah, tolak perpecahan dari dalam,” katanya ketika berucap merasmikan Festival Sukan Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) di sini, Jumaat malam.

Turut hadir, Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron dan Presiden Dunia Melayu Dunia Islam Tan Sri Mohd Ali Rustam.

Festival sukan selama empat hari bermula hari ini, mempertandingkan lima jenis sukan – silat, sepak takraw, gasing, badminton dan boling, dengan menawarkan 44 pingat emas.

Seramai 866 atlet dari enam negara – Singapura, Indonesia, Brunei, Thailand, Sri Lanka dan Malaysia, menyertai festival sukan itu, yang berlangsung di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) dan beberapa tempat sekitar Ayer Keroh.

Berucap di Dewan Besar UTeM di sini, Ahmad Zahid berkata Melayu Islam mudah dipengaruhi apabila fitnah menguasai media sosial, dalam dunia tanpa sempadan kini.

Beliau berkata apabila fitnah oleh media sosial itu menguasai dan mengatasi media konvensional, Melayu Islam akan dipengaruhi seterusnya boleh merosakkan tanpa mereka sedari.

“Justeru jangan mudah melayan fitnah, melayan perpecahan,” katanya.

Beliau, bagaimanapun menegaskan usaha Melayu Islam membina kekuatan itu bukan bermakna bangsa itu rasis atau mahu mengetepikan bangsa lain.

“Kita cuma mahu menyatukan kira-kira 300 juta Melayu di seluruh dunia, mengembalikan kekuatan kita yang berpusat di Nusantara, bukan kita rasis. Kita bina kekuatan untuk masa depan terutama untuk anak cucu kita,” katanya. – BERNAMA

Tags: Zahid Hamidi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PPP Diterima Kembali Dalam BN – Zahid

PPP Diterima Kembali Dalam BN – Zahid

18/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Parti Progresif Penduduk (PPP) diterima kembali sebagai parti komponen dalam Barisan Nasional (BN). Perkara itu diumumkan Pengerusi BN,...

3 Realiti Utama Politik Negara Perlu Dihadapi UMNO – Zahid

3 Realiti Utama Politik Negara Perlu Dihadapi UMNO – Zahid

16/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggariskan tiga realiti utama perlu dihadapi UMNO berdasarkan hakikat dan cabaran dihadapi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd