• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mayat Anak Kapal Terjatuh Dalam Laut Ditemui

oleh Ahmad Albab
17/02/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Mayat seorang anak kapal ‘FMSUV FOS LEO’ yang sebelum ini dikhuatiri terjatuh di 86.8 batu nautika dari Tanjung Berhala, Kemaman, Terengganu pada Ahad lalu ditemui pagi tadi.

Ketua Penguatkuasa Wilayah Maritim Timur Datuk Mamu Said Alee berkata usaha mencari dan menyelamat (SAR) mayat Sudarmin Aminuddin, 31 dilaksanakan pada kedalaman 70 meter di lokasi yang sama pada pukul 3.30 pagi tadi.

“Mayat ditemui anggota pasukan mencari dan menyelamat (SAR) dengan bantuan oleh Kenderaan Kawalan Jauh (ROV) dan berdasarkan monitor ROV, kaki mangsa berada dalam terbelit tali nilon yang mempunyai pencangkuk besi.

Kerja-kerja untuk menaikkan mayat sedang dilaksanakan secara berperingkat-peringkat bagi mengelak keadaan mayat tersebut daripada terjejas,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Beliau berkata operasi berkenaan perlu dijalankan dengan segera memandangkan keadaan laut semakin bergelora dan Kapal KM Amanah juga telah bersedia di lokasi penemuan mayat itu untuk membawa balik mayat ke pelabuhan.

Sudarmin berasal daripada Tawau, Sabah dilaporkan sedang menjalani latihan menyelamat “Fast Rescue Force” di atas kapal berkenaan sebelum terjatuh ke dalam laut pada petang Ahad lepas.

Sebaik menerima maklumat berhubung perkara itu Maritime Rescue Command Centre (MRCC) telah menghubungi Maritime Rescue Sub Centre Kuantan (MRSC) bagi memaklumkan tentang kejadian itu.

Operasi SAR telah diaktifkan pada 14 Feb 2016 pukul 3.30 petang dan Wilayah Maritim Timur (WILTIM) telah mengarahkan kapal KM Redang ke lokasi kejadian bersama tujuh penyelam Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) diketuai seorang pegawai dari Tanjung Gelang, Kuantan.

Dalam masa yang sama juga pihak kapal berkenaan turut melakukan kerja mencari dan menyelamat dengan menggunakan bot keselamatan namun tidak menemui mangsa.

Dilaporkan ketika kejadian keadaan laut dengan ombak satu hingga 1.5 meter manakala tiupan angin antara 20 hingga 30 kilometer sejam. – BERNAMA

Tags: mati lemasMayat
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Sokong Penyatuan Umat – Nik Abduh

Next Post

630 Saman Dikeluarkan Dalam Op Selamat Di Labuan

Related Posts

Mayat Kanak-kanak Ditemukan Di Dalam Sungai

Mayat Kanak-kanak Ditemukan Di Dalam Sungai

28/05/2025
0

JOHOR BAHRU - Seorang kanak-kanak ditemukan meninggal dunia di belakang Sutera Mall, Jalan Sutera Danga, di sini pagi tadi. Menurut...

Renni Terjatuh Di Kawasan Curam, Mayat Masih Terperangkap Di Gunung Rinjani

Renni Terjatuh Di Kawasan Curam, Mayat Masih Terperangkap Di Gunung Rinjani

04/05/2025
0

SHAH ALAM - Abang ipar kepada pelakon Riezman Khuzaimi, Rennie Abdul Ghani, 57, meninggal dunia selepas terjatuh semasa mendaki Gunung...

Next Post

630 Saman Dikeluarkan Dalam Op Selamat Di Labuan

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd