• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Matrade Mahu Lebih Agresif Raih Sebanyak Mungkin Faedah TPPA

oleh Ahmad Albab
09/02/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) bersedia untuk lebih agresif meraih manfaat daripada Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA), terutama di pasaran yang belum ada perjanjian perdagangan bebas (FTA) dengan Malaysia.

Untuk itu, agensi promosi perdagangan negara ini telah menggubal strategi termasuk bagi meningkatkan kesedaran dalam kalangan pembeli berpotensi tentang produk dan perkhidmatan Malaysia, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Dzulkifli Mahmud.

“Kami memang berusaha dengan agresif selama ini, namun kini kami akan lebih agresif. Sebenarnya Malaysia memiliki semua keupayaan (untuk memasarkan barangan dan perkhidmatannya). Kami akan memperhebat usaha untuk membawa masuk lebih banyak pembeli dari seberang laut, terutama dari negara seperti Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico,” katanya dalam temu bual dengan Bernama baru-baru ini.

Antara produk yang berpotensi ke pasaran berkenaan ialah tekstil, fesyen mewah, alat ganti dan komponen automotif, produk berasaskan elektrik dan elektronik serta produk berasaskan getah.

Dzulkifli berkata Matrade akan meneruskan pelbagai inisiatifnya bagi mempersiap pengeksport, terutama perusahaan kecil dan sederhana (PKS), agar mereka lebih bersedia dan berdaya saing untuk pasaran TPPA.

Beliau juga berkata Matrade bekerjasama dengan agensi seperti SME Bank, Export-Import Bank of Malaysia Bhd (EXIM Bank), SME Corporation Malaysia dan Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) bagi membantu pengeksport dari segi sokongan kewangan serta mengurangkan risiko berpotensi.

Pada 4 Feb lalu, Malaysia dan 11 negara lagi iaitu Australia, Brunei, Kanada, Chile, Jepun, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura, Amerika Syarikat dan Vietnam menandatangani TPPA yang akan memperluas pasaran, mengurangkan tarif dan menggalakkan perdagangan yang lebih bebas.

TPPA merangkumi hampir 40 peratus daripada keluaran dalam negara kasar global bernilai US$30 trilion (RM126 trilion).

Dzulkifli memuji pemeteraian TPPA memandangkan ia menunjukkan komitmen kerajaan untuk memperluas pasarannya yang memberi manfaat kepada PKS, terutama pengeksport. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]YJmEkWRSEIs[/wpdevart_youtube]

 

Tags: MatradeTPPA
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

MATRADE Sasar RM5 Bilion Eksport Syarikat Pertengahan

MATRADE Sasar RM5 Bilion Eksport Syarikat Pertengahan

13/07/2022
0

KUALA LUMPUR: Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) menyasarkan peningkatan hasil eksport di bawah Program Pembangunan Syarikat Peringkat Pertengahan (MTCDP)...

Misi Ke India, Bangladesh Jana Jualan RM145 Juta

23/11/2018
0

NEW DELHI - Syarikat Malaysia yang menyertai dua misi promosi perdagangan ke Bangladesh dan India bulan ini memperoleh perjanjian jualan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd