• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia, UK Tingkat Kerjasama Tangani Ancaman Daesh

oleh Ahmad Albab
15/02/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Malaysia dan United Kingdom (UK) akan meningkatkan kerjasama dalam menangani ancaman kumpulan pengganas Daesh, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri berkata perkara itu adalah antara intipati perbincangannya bersama Menteri Perolehan Pertahanan UK Philip Dunne dalam pertemuan di pejabatnya, di sini hari ini.

Katanya kerjasama itu melibatkan pertukaran maklumat melalui Polis Antarabangsa (Interpol), kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan Scotland Yard dan pihak berkuasa UK serta pemantauan media sosial.

“Digital counter messaging (Pusat Serantau Digital Memerangi Mesej Melalui Komunikasi) akan mula beroperasi di Malaysia pada Mei nanti dan melalui kerjasama ini, saya harap jalinan antara pihak berkuasa keselamatan kedua-dua negara akan dapat dipereratkan,” katanya kepada pemberita selepas pertemuan itu.

Selain itu, katanya, program pemodenan kepolisan turut dibincangkan dalam pertemuan itu terutama dalam aspek sumber peralatan dan sistem yang lebih canggih daripada UK.

Ahmad Zahid berkata program itu kini dalam peringkat mengenal pasti peralatan dan sistem yang melibatkan pertukaran daripada analog kepada digital seperti yang dilakukan banyak negara lain.

Katanya turut dibincangkan adalah mengenai program keselamatan di kawasan sempadan negara.

“Pihak Dunne mencadangkan agar teknologi yang diguna pakai di UK dapat dikombinasikan penggunaannya di Malaysia kerana kita mempunyai kawasan sempadan perairan yang agak panjang selain sempadan darat di utara semenanjung dan di Sabah dan Sarawak,” katanya. – BERNAMA

Tags: DaeshMalaysia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sebagai Rakyat Malaysia Bersyukur Dengan Usaha Dilakukan Kerajaan – Fuziah

Sebagai Rakyat Malaysia Bersyukur Dengan Usaha Dilakukan Kerajaan – Fuziah

01/04/2026
0

KUALA LUMPUR - "Sebagai rakyat Malaysia, kita bersyukur dengan usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan demi kestabilan ekonomi negara" Demikian...

Walaupun Malaysia Pengeluar Minyak, Kita Masih Perlu Import – Fuziah Salleh

Walaupun Malaysia Pengeluar Minyak, Kita Masih Perlu Import – Fuziah Salleh

01/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Hanya 48 peratus sumber minyak mentah datang dari Malaysia, manakala 38 peratus bergantung kepada laluan Selat Hormuz...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd