• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Sekat Salad Import Dari Australia

oleh Ahmad Albab
08/02/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Produk salad dari Australia yang dilaporkan dicemari bakteria Salmonella tidak dieksport ke negara ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata produk berkenaan hanya dieksport ke Singapura, Hong Kong dan Thailand.

“Pihak Berkuasa Keselamatan Makanan (Infosan), Jabatan Pertanian dan Sumber Air Australia mengenal pasti konsainan produk terbabit yang dieksport ke negara berkaitan dan mengambil tindakan kawalan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Salmonella adalah sejenis bakteria yang boleh mengakibatkan seseorang itu mengalami cirit-birit, demam dan sakit perut, selain menyebabkan loya, muntah, sakit kepala serta sakit otot.

Sebelum ini, laman sesawang Piawaian Makanan Australia New Zealand (FSANZ) pada 5 Feb, menyiarkan penarikan balik kumpulan tertentu salad prabungkus jenama Wash N Toss, Woolworths, Coles, Supa Salad dan Clear Film keluaran Tripod Farmers, Australia bertarikh luput sehingga 14 Feb 2016 kerana dicemari bakteria Salmonella.

Dr Noor Hisham berkata sebagai langkah berjaga-jaga, Kementerian Kesihatan mengenakan larangan import terhadap produk salad Australia mulai semalam.

“Kementerian Kesihatan sentiasa menjalankan aktiviti penguatkuasaan dan pemantauan ke atas isu berhubung keselamatan makanan bagi memastikan kesihatan orang ramai sentiasa terjamin,” katanya.

Sekiranya pengguna masih ragu dengan status keselamatan makanan yang terdapat di pasaran tempatan, beliau menasihatkan mereka membuat laporan kepada kementerian melalui Pejabat Kesihatan Daerah atau Jabatan Kesihatan Negeri terdekat.

Selain itu, katanya pengguna juga boleh melayari laman sesawang http://moh.spab.gov.my atau facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan www.facebook.com/bkkmhq. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]p57GO1fac1Q[/wpdevart_youtube]

Tags: salad
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Wanita Terkejut Katak Kaki Panjang Melompat Dalam Salad

03/12/2018
0

SEORANG wanita terkejut apabila hidangan yang dipesan di sebuah restoran mengandungi seekor katak yang masih hidup. Menurut Naomi Stahl, kejadian...

Salad Tanah Tinggi Hidup Segar Di Kampung Sungai Lumut

10/10/2018
0

KUCHING - Kemajuan teknologi memungkinkan hampir semua perkara di dunia ini, justeru tidak menghairankan tanaman salad yang lazimnya ditemui di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd