• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 1, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lagi Maut Tercampak Dari Kerusi Permainan Di Taman Tema

oleh Ahmad Albab
27/02/2016
dalam Hangat, Jenayah
0
Share on FacebookShare on Twitter

BEIJING – Seorang lelaki menjadi mangsa terbaharu maut selepas tercampak dari sebuah permainan yang dinaikinya di sebuah taman tema di bandar Sanmenxia, China baru-baru ini.

Lelaki malang yang tidak dikenali itu dilaporkan media tempatan telah menaiki permainan berkenaan di taman tema Yangshao di wilayah Mianchi pada Isnin lalu.

Satu rakaman video yang dirakam oleh seorang pengunjung menunjukkan permainan berkenaan berpusing-pusing sebelum lelaki itu tercampak dari tempat duduknya.

Lelaki itu dilaporkan maut serta-merta di lokasi kejadian akibat kecederaan parah selepas terhempas di lantai.

Mangsa dilaporkan tercampak dari kerusi didudukinya selepas tali keselamatan yang dipakainya putus ketika permainan itu berpusing laju.

Kemalangan itu berlaku beberapa hari selepas seorang remaja maut akibat tercampak ketika menaiki permainan kapal lanun di sebuah lagi taman tema di China.

Remaja yang berusia 19 tahun itu dilaporkan menaiki permainan berkenaan di sebuah pesta di kampung Jiaguang di wilayah Hebei.

Saksi berkata, ketika kapal itu berayun ke depan dan belakang, remaja berkenaan yang dipercayai mabuk tiba-tiba berdiri.

Remaja itu jatuh ke bawah sebelum digilis permainan berkenaan beberapa kali.

Media tempatan memberitahu, remaja itu mati di tempat kejadian dan dalam keadaan mengerikan. – AGENSI/MYNEWSHUB.CC

Baca: Ngeri! Tali Mainan Lasak Di Taman Tema Terputus

Juga: Taman Tema Berdarah, 2 Maut Tercampak Mainan

Lagi: Disney Haram Guna Monopod Di Taman Temanya

Dan: 350 Cedera Letupan Di Taman Tema Taiwan

Tags: Taman Tema
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Sarawak: Jumlah Mangsa Banjir Di Pusat Pemindahan Menurun

Next Post

Penyanyi Terkenal Kantoi Pegang Mikrofon Terbalik

Related Posts

Taman Tema Dibenar Operasi, Saringan Suhu Sekali Sahaja

29/06/2020
0

PUTRAJAYA - Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), hari ini mengumumkan lebih banyak kelonggaran termasuk membenarkan taman tema beroperasi,...

Tutup MAPS: Pelaburan RM500 Juta Hangus – Najib

28/01/2020
0

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Razak menempelak Menteri Besar Perak susulan penutupan taman tema Movie Animation Park Studios (MAPS)...

Next Post

Penyanyi Terkenal Kantoi Pegang Mikrofon Terbalik

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd