• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 30, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Lemas Setelah Terjatuh Dalam Sungai

oleh Ahmad Albab
01/02/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

CAMERON HIGHLANDS – Seorang lelaki ditemukan lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam Sungai Habu, Kuala Boh, di sini semasa mencari lokasi untuk memancing, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Cameron Highlands DSP Muhammed Rizal Kamaruddin berkata mayat M. Suresh, 22, ditemukan pada 10.25 pagi tadi oleh pasukan mencari dan menyelamat terdiri daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia serta polis.

Ketika dihubungi Bernama beliau berkata mangsa dipercayai pergi ke lokasi berkenaan kira-kira 5.30 petang untuk melihat kawasan memancing bersama tujuh lagi rakan.

“Mangsa bersama rakannya yang baru selesai melakukan kerja di kawasan Projek Perumahan PR1MA Tanah Rata, dalam perjalanan ke Ringlet untuk makan sebelum singgah di sungai berkenaan untuk melihat lokasi memancing.

“Mangsa yang tidak pandai berenang dipercayai berjalan di tebing sungai tiba-tiba tergelincir sebelum terjatuh dan tenggelam,” katanya sambil menambah rakan mangsa cuba membantu namun gagal.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba Cameron Highlands Haziq Hazmi berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada 6.10 petang semalam.

Beliau berkata sebaik menerima laporan pihaknya telah melakukan ‘searching surface’ dan berhenti kira-kira 9.30 malam berikutan keadaan di lokasi kejadian yang gelap sebelum menyambung semula operasi mencari dan menyelamat pada 9 pagi tadi.

Beliau berkata pihaknya terpaksa menggunakan khidmat bantuan lapan anggota skuba dari Balai Bomba Temerloh sebelum berjaya menemukan mayat mangsa terbenam di dalam lumpur di sungai berkenaan.

Operasi ditamatkan 11 pagi tadi. – BERNAMA

Tags: lelakimati lemas
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Rakyat Perlu Bersatu Hati Hadapi Cabaran Masa Kini

Next Post

APMM Tahan 2 Nelayan Thailand Bawa Daun Ketum, Ubat Batuk

Related Posts

Penjelasan Skandal ‘CCTV Dan Wiring’

Penjelasan Skandal ‘CCTV Dan Wiring’

28/05/2025
0

PETALING JAYA – Seorang lelaki yang sebelum ini tular di media sosial kerana didakwa menjalin hubungan sulit dengan seorang guru...

Sembilan Lelaki Didakwa Edar Dadah RM118 Juta

Sembilan Lelaki Didakwa Edar Dadah RM118 Juta

28/01/2025
0

SABAK BERNAM - Seorang warga tempatan dan lapan lelaki warga Taiwan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Sungai Besar di sini pada...

Next Post

APMM Tahan 2 Nelayan Thailand Bawa Daun Ketum, Ubat Batuk

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd