• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Disedut Keluar Dari Pesawat Dibom Pengganas

oleh Ahmad Albab
06/02/2016
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

MOGADISHU – Seorang lelaki yang tidak dikenali disedut keluar dari sebuah kapal terbang dinaikinya ketika pesawat itu berada pada ketinggian 4,270 meter.

Kejadian berlaku selepas badan pesawat itu berlubang, dipercayai akibat letupan bom, hanya lima minit selepas jet Airbus A321 itu berlepas dari lapangan terbang di sini, semalam.

Saksi mendakwa mayat lelaki warga emas tersebut dijumpai jatuh ke bumi kira-kira 24 kilometer dari lapangan terbang ibu kota Somalia itu selepas kejadian.

Pihak berkuasa syarikat penerbangan mendakwa dua orang cedera akibat letupan itu, yang menyebabkan lubang kira-kira dua meter panjang dan satu meter lebar pada badan aluminium berkenaan.

Juruterbang Vladimir Vodopivec, 64, berkata: “Saya percaya ia disebabkan bom. Mujur sistem kawalan kapal terbang tidak rosak, membolehkan saya sempat berpatah balik.

Sumber memberitahu stesen CNN, ujian awal menunjukkan ada sisa letupan, bererti pesawat itu mungkin menjadi sasaran serangan pengganas.

Pegawai penerbangan Somalia, Ali Mohamoud berkata, pesawat Daallo Airlines itu dalam penerbangan ke Djibouti tetapi terpaksa berpatah balik ke lapangan terbang Mogadishu.

Anggota polis di bandar Balad, tidak jauh dari Mogadishu, Mohamed Hassan berkata, penduduk menemui mayat seorang lelaki warga emas yang dipercayai jatuh dari pesawat itu.

Balad bandar pertanian terletak 29 kilometer ke utara Mogadishu. – Agensi/myMetro Online

Tags: letupan bompesawat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pesawat AS Terhempas Di Laut China Selatan: China Sedia Bantu

Pesawat AS Terhempas Di Laut China Selatan: China Sedia Bantu

27/10/2025
0

BEIJING: Kementerian Luar China menyatakan kesediaan memberikan bantuan kemanusiaan kepada Amerika Syarikat (AS), susulan insiden dua pesawat Tentera Laut AS...

Pesawat Patah Balik Kerana Bau Pelik

Pesawat Patah Balik Kerana Bau Pelik

10/05/2024
0

MOSCOW - Pesawat Boeing 747-8 milik syarikat penerbangan Jerman, Lufthansa ke Chicago terpaksa berpatah balik ke Frankfurt pada Khamis akibat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd