• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

TMJ Balas Kritikan ‘Isu Bersalam’ Dengan Satu Video Pendek

oleh AK-47
25/02/2016
dalam Gaya Hidup, Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

BARU-BARU ini, sekeping gambar yang memaparkan isteri Safiq Rahim bersalaman dengan Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim ketika meluangkan masa di kafe milik kapten bola sepak itu telah menimbulkan pelbagai reaksi netizen.

Ramai yang menegur tindakan TMJ dan Safiq Rahim pula dihentam netizen akibat bersikap ‘dayus’ membiarkan isterinya bersentuhan dengan lelaki lain di hadapannya.

tegur

Bagaimanapun, TMJ telah membidas kritikan-kritikan sesetengah individu yang mengkritik tindakannya itu menerusi satu posting di Facebook JOHOR Southern Tigers.

“Hanya Allah boleh membuat keputusan sama ada amalan kita diterima atau tidak. Hanya Allah yang boleh menilai sama ada kita ke syurga atau neraka.

“Kita hanya manusia dan oleh itu tidak perlu menghukum orang lain terutama perkara-perkara kecil. Islam adalah tentang kasih sayang dan menghormati antara satu sama lain, bukan tentang menghakimi orang lain terutama apabila ia melibatkan kebencian,” katanya pada Isnin.

Tidak setakat itu sahaja, TMJ dilihat memuat naik satu klip video sindirian di laman sosial yang sama.


TMJ Balas Isu ‘Bersalam’ oleh mynewshub

TMJ dilihat menggunakan sarung tangan watak adiwira Hulk untuk bersalaman dengan dua wanita di dalam video tersebut.

Video pendek berdurasi 16 saat itu menerima pelbagai respon yang mana kebanyakan pengguna alam maya terhibur dengan sindirannya, namun seorang pengguna Facebook telah menegur TMJ dengan nasihat yang begitu bermakna bagi kami.

“Tak lawak kot, hukum tuhan jangan dipandang remeh. Al-Quran cakap lelaki dengan perempuan bukan mahram tak boleh bersentuhan. Terima la teguran dengan hati yang terbuka TMJ. Sesungguhnya kami rakyat johor sayang kan TMJ,” nasihat seorang pengguna Facebook di pautan video klipnya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Sultan JohorTMJ
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ketidaktentuan Global – Tunku Mahkota Ismail Arah Atur Langkah Bantu Rakyat

Ketidaktentuan Global – Tunku Mahkota Ismail Arah Atur Langkah Bantu Rakyat

31/03/2026
0

JOHOR BAHRU – Kerajaan Negeri Johor kini sedang memperincikan pelbagai langkah strategik bagi mengurangkan tekanan kos sara hidup rakyat, susulan...

Sambutan Hebat Rakyat Johor Di Rumah Terbuka Istana Johor

Sambutan Hebat Rakyat Johor Di Rumah Terbuka Istana Johor

23/03/2026
0

Oleh Mynewshub JOHOR BAHRU – Suasana penuh meriah menyelubungi Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Istana Johor apabila kira-kira 25,000...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd