• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KJ Setuju Calonkan Hafizah Sebagai Ikon Belia

oleh AK-47
27/02/2016
dalam Gaya Hidup, Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

SAINTIS kelahiran Kelantan, Noor Hafizah Isa yang merupakan sebahagian daripada kumpulan saintis mengesahkan teori gelombang graviti Albert Einstein, tidak sedar menjadi perhatian ramai di Malaysia.

Hafizah merupakan bekas pelajar dan penyelidik di Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), kini  calon PhD di University of Glasgow, Scotland, United Kingdom.

Beliau ialah antara mereka yang menulis kertas saintifik, ‘Observation of Gravitational Waves from a Binary Black Hole Merger’ (Pemerhatian ke atas gelombang graviti daripada penggabungan dwi lubang hitam).

NoorHafizahIsa_glasgow_scientists_220216

Kertas kajian itu menyenaraikan 1,004 penyumbang projek yang diketuai Laser Interferometer Gravitational-Wave Obervatory (LIGO) yang berpangkalan di Amerika Syarikat.

Menurut laman web LIGO, Hafizah terlibat dalam projek ini melalui eksperimen GEO600, bagi menganalisis data daripada peralatan untuk cari radiasi graviti sumber astrofizik iaitu struktur kimia dan fizikal pada objek di angkasa.

US-SCIENCE-GRAVITY-ASTRONOMY-PHYSICS-EINSTEIN

Eksperimen GEO600 telah dijalankan oleh pasukan kerjasama antara saintis dari Jerman dan British yang menganalisis data daripada peranti yang direka untuk mengesan radiasi graviti berpunca daripada angkasa lepas.

Rata-rata rakyat Malaysia berbangga dengan kejayaan yang dikecapi Hafizah, 29 tahun; sekali gus mengharumkan nama Malaysia di peringkat antarabangsa malah mungkin disenaraikan untuk meraih anugerah Nobel.

Kejayaan itu mencetuskan cadangan pelbagai pihak agar Hafizah dicalonkan sebagai Ikon Belia. Cadangan tersebut turut dipersetujui Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin yang menyokong pencalonan Hafizah.

KJ

Ikon Belia adalah gelaran tidak rasmi yang diberi kepada penerima anugerah khas Hari Belia Negara.

Individu yang terpilih mestilah memiliki kriteria antaranya mempunyai personaliti yang menarik, terkenal dalam bidang yang diceburi serta berumur antara 18 hingga 30 tahun. - MYNEWSHUB.CC

Tags: albert einsteingravitiikon beliaSaintis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pesara Saintis Dakwa Temui Lokasi Bangkai Pesawat MH370

Pesara Saintis Dakwa Temui Lokasi Bangkai Pesawat MH370

20/03/2025
0

KUALA LUMPUR: Seorang pesara saintis penyelidikan mendakwa sudah menemui lokasi bangkai pesawat MH370 milik Malaysia Airlines yang hilang ketika dalam...

Saintis Cipta Buah Pinggang Manusia Daripada Babi

Saintis Cipta Buah Pinggang Manusia Daripada Babi

08/09/2023
0

WASHINGTON - Saintis China telah berjaya mengembangkan buah pinggang mengandungi sel manusia dalam embrio babi, yang pertama di dunia yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd