• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kaunter 1Pesara JPA Di DBKL

oleh Ahmad Albab
02/02/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pesara dan bakal pesara sektor awam di sekitar Lembah Klang kini boleh berurusan berkaitan persaraan mereka di Kaunter 1Pesara Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang mula dibuka hari ini di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal berkata perkhidmatan kaunter itu berkonsepkan ‘multi-tasking’ (pelbagai tugas) yang dikendalikan petugas DBKL dan JPA.

Sebanyak 10 perkhidmatan ditawarkan menerusi kaunter itu, antaranya permohonan kelulusan pembiayaan dialisis, tuntutan bayaran balik peralatan perubatan, tuntutan perjalanan rawatan perubatan, semakan status persaraan dan permohonan pertukaran cara bayaran pencen dari skim B ke skim A.

Selain itu, pesara juga boleh berurusan untuk permohonan pencen terbitan bagi kematian dalam persaraan, permohonan kad pesara meliputi gantian kad lama, rosak, hilang atau pindaan maklumat, permohonan pendaftaran anak kurang upaya, permohonan bantuan mengurus jenazah dan pertukaran akaun bank.

“Kami berharap dengan kewujudan kaunter multi-tasking ini, ia dapat memberi kemudahan kepada pesara untuk berurusan hanya di satu kaunter sahaja tanpa perlu berulang-alik ke jabatan ataupun agensi kerajaan yang berkaitan,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Perkhidmatan Kaunter 1Pesara JPA@DBKL di sini, hari ini.

“Kami juga berhasrat untuk melanjutkan perkhidmatan ini ke negeri-negeri lain seperti di majlis-majlis perbandaran di Selangor bagi memberi kemudahan tersebut kepada penduduk di sekitarnya,” katanya. Sementara itu, Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Mhd Amin Nordin Abd Aziz berkata DBKL menjadi agensi pertama yang dipilih bagi menempatkan perkhidmatan kaunter itu.

Katanya buat julung kalinya, JPA bekerjasama dengan DBKL bagi menawarkan perkhidmatan teras mereka di luar pejabat JPA.

“JPA telah memberi kursus kepada pegawai-pegawai DBKL bagi mengendalikan sistem perkhidmatan Kaunter 1Pesara JPA@DBKL itu sebelum ini,” katanya. – BERNAMA

Tags: DBKLJPA
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Penutupan Sementara Jalan Berperingkat Sempena Perarakan Keagamaan Hindu – DBKL

Penutupan Sementara Jalan Berperingkat Sempena Perarakan Keagamaan Hindu – DBKL

31/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Beberapa jalan utama di sekitar ibu negara akan ditutup sementara secara berperingkat sempena Perarakan Kuil Sri Thandayuthapan...

DBKL Sita Peralatan ‘Mobilegrapher’ Di Pintasan Saloma, KLCC

DBKL Sita Peralatan ‘Mobilegrapher’ Di Pintasan Saloma, KLCC

22/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menyita 23 peralatan jurugambar haram 'mobilegrapher' serta ambil tindakan terhadap penjaja air tanpa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd