• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 27, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kami Akan Perbaiki JDTII – Alistair

oleh Ahmad Albab
16/02/2016
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pasukan Teknikal Johor Darul Ta’zim II (JDTII) memberi jaminan akan menangani prestasi hambar yang dipamerkan pasukan itu sejak Liga Malaysia musim ini bermula.

Pengarah Sukan JDT, Alistair Edwards berkata, permulaan mengecewakan JDTII adalah sebahagian daripada proses penilaian pihaknya.

“Kami terus bergerak ke hadapan dengan mengambil langkah-langkah yang perlu untuk memastikan prestasi pasukan ini bergerak selaras dengan objektif yang telah kami rancangkan secara keseluruhan,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Alistair berkata, pasukan teknikal JDT sentiasa menganalisa prestasi setiap pasukan dalam kelab itu termasuk akademi, Bawah 21, JDTII dan pasukan utama JDT.

JDTII tewas dua perlawanan berturut-turut sejak Liga Malaysia 2016 bermula iaitu kepada KL DRB- Hicom FC (3-1) dan Kuala Lumpur (1-0).

JDTII kini dibarisi beberapa pemain terkemuka Liga Malaysia termasuk Paulo Rangel yang ‘diturun pangkat’ daripada pasukan utama JDT.

Untuk rekod, Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) menerima peruntukan sebanyak RM100 juta untuk persaingan musim ini. – mynewshub.cc

Tags: JDTII
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Hafiz Hamidun Tunggu Tarikh Nikah Dari Pihak Perempuan

Next Post

Tidur Tanpa Pakaian Rahsia Nenek Persis 20 Tahun

Related Posts

Benjamin Mora ‘Turun Pangkat’, Kembali Latih JDTII

19/06/2017
0

KUALA LUMPUR - Jurulatih Johor Darul Ta'azim (JDT), Benjamin Mora yang memulakan tugas sejak Januari lepas, akan kembali melatih skuad...

Rafael De Jessus Import Baharu JDTII

13/06/2016
0

KUALA LUMPUR - Pemain import dari Brazil, Rafael De Jessus Bonfim, 24, tiba di Johor bagi menyertai pasukan Johor Darul...

Next Post

Tidur Tanpa Pakaian Rahsia Nenek Persis 20 Tahun

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd