• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kad Pengenalan Palsu: 30 Pendatang Tanpa Izin Dipenjara

oleh Ahmad Albab
01/02/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Seramai 28 warga Filipina berbangsa Sulu dan dua warga Indonesia dihukum penjara antara tiga hingga lima bulan oleh tiga Mahkamah Majistret di sini hari ini atas kesalahan menggunakan kad pengenalan palsu.

Kesemua mereka terdiri daripada 27 lelaki dan tiga wanita, berumur antara 18 hingga 55 tahun, diarah menjalani hukuman berkenaan bermula daripada tarikh mereka ditangkap iaitu pada 21 Jan lalu.

Tertuduh mengaku bersalah menggunakan kad pengenalan palsu pada pukul 1.10 pagi, 21 Jan lalu di sekitar Kampung Balok dan Sungai Karang di sini selepas ditangkap dalam operasi bersepadu antara Jabatan Imigresen dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Pendakwaan dilakukan mengikut Peraturan 25(1)(e) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2007) yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi tiga tahun atau denda maksimum RM20,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Di Mahkamah Majistret satu, Majistret Rini Triany Mohamad Ali menjatuhkan hukuman itu ke atas 14 tertuduh manakala tiga lagi tertuduh dijatuhkan hukuman itu oleh Majistret Tuan Ruzuaini Tuan Lah di Mahkamah Majistret Khas Trafik di sini.

Di Mahkamah Majistret dua, Majistret Noor Aisah Mohamed menasihatkan 13 tertuduh untuk tidak mengulangi kesilapan itu pada masa depan walaupun tujuan mereka ke Malaysia untuk mencari rezeki.

“Datang ke Malaysia tidak boleh secara haram, mesti datang dengan sah.

Selepas dihantar balik, jika kamu mahu datang ke sini semula, pastikan mengikut undang-undang. Jika tidak ia menjadi sia-sia sahaja,” katanya.

Kesemua tertuduh rakyat Filipina berasal daripada Zamboanga manakala dua lagi tertuduh daripada Kalimantan, Indonesia juga diarahkan diusir selepas tamat tempoh penjara.

Pendakwaan dikendalikan pegawai pendakwa daripada JPN Putrajaya Mohd Fazdlhy Abdul Razak, Mohd Ashgar Mohd Hussain dan Mokhzan Ariff manakala semua tertuduh tidak diwakili peguam. – BERNAMA

Tags: MyKadPati
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

13,632 MyKad Alami Cip Rosak Diganti Dalam 5 Hari – Saifuddin

13,632 MyKad Alami Cip Rosak Diganti Dalam 5 Hari – Saifuddin

27/09/2025
0

SANDAKAN: Sejumlah 13,632 MyKad yang mengalami kerosakan cip diganti dalam tempoh lima hari di seluruh negara sejak kerajaan mengumumkan kemudahan...

Kerajaan Belum Rancang Salur Subsidi Minyak Masak Peket Guna MyKad

Kerajaan Belum Rancang Salur Subsidi Minyak Masak Peket Guna MyKad

17/02/2025
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan belum merancang untuk menukar subsidi minyak masak peket kepada bayaran tunai melalui MyKad kepada rakyat setakat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd