• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jin Wei Sasar Kejayaan Berterusan Tahun Ini

oleh Ahmad Albab
08/02/2016
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Juara remaja dunia 2015, Goh Jin Wei berharap tahun ini akan menjadi titik permulaan yang baik untuk meraih kejayaan berterusan dalam kejohanan antarabangsa yang disertainya.

Pemain perseorangan wanita berusia 16 tahun yang menduduki ranking ke-117 dunia itu berkata kedatangan Tahun Monyet sempena Tahun Baru Cina kali ini, diharap membawa tuah kepadanya untuk berada dalam kelompok 80 terbaik dunia tahun ini.

“Saya perlu bekerja lebih keras dalam meningkatkan prestasi. Paling penting dalam setiap perlawanan dan latihan saya perlu ada peningkatan dari segi fizikal dan mental.

“Sasaran pada setiap kejohanan yang disertai berbeza-beza dan saya akan pastikan mencapai sasaran…yang penting saya tidak boleh putus asa,” kata pemain berasal Pulau Pinang itu kepada Bernama di sini hari ini.

Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menyenaraikan Jin Wei bersama-sama Tee Jing Yi, Ho Yen Mei, Goh Jin Wei dan Lee Ying Ying dalam acara perseorangan, serta beregu Vivian Hoo/Woon Khe Wei, Amelia Alicia/Soong Fie Cho dan Lee Meng Yean/Low Juan Shen ke Kejohanan Badminton Berpasukan Asia di Hyderabad, India dari 15-21 Feb ini.

Kejohanan berkenaan menawarkan slot ke pusingan akhir Piala Uber yang akan berlangsung di Kunshan, China dari 15-22 Mei ini.

Tidak seperti remaja lain, Jin Wei hanya mempunyai masa yang singkat meraikan sambutan Tahun Baru Cina kali ini kerana perlu kembali ke gelanggang untuk menjalani latihan bagi menghadapi kejohanan di India itu.

“Saya hanya mempunyai masa hari ini untuk mengunjungi rumah saudara mara. Malam ini saya perlu pulang ke Kuala Lumpur kerana latihan akan bermula esok,” katanya. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]OHnX5opcopg[/wpdevart_youtube]

Tags: Goh Jin Wei
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Mangsa Banjir Di Kuching Dan Bau Meningkat

Next Post

Kelak, Pelancong Malaysia Akan Menerima Sim Percuma Di India

Related Posts

Jin Wei Mara Ke Suku Akhir Masters Korea

30/11/2018
0

KUALA LUMPUR - Juara Remaja Dunia, Goh Jin Wei meneruskan aksi cemerlangnya untuk mara ke suku akhir Kejohanan Badminton Masters...

Segalanya Mungkin, Kenapa Tunggu 2024 – Jin Wei

20/11/2018
0

SEPANG - Juara Remaja Dunia yang baharu, Goh Jin Wei mungkin tidak perlu menanti sehingga Sukan Olimpik 2024 di Paris...

Next Post

Kelak, Pelancong Malaysia Akan Menerima Sim Percuma Di India

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd