• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JBPM Akan Perhalusi Semula Permohanan Dapatkan 3 Elaun

oleh Ahmad Albab
16/02/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHARU – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) akan memperhalusi semula permohonan mendapatkan tiga jenis elaun untuk kira-kira 13,000 anggotanya yang sentiasa berdepan risiko ketika melakukan tugas operasi.

Ketua Pengarahnya, Datuk Wan Mohd Noor Ibrahim berkata, langkah itu dibuat selepas mengambil kira keadaan ekonomi negara pada masa ini.

“Dari segi justifikasinya, memang wajarlah apa yang kita minta daripada kerajaan tetapi ia juga bergantung kepada kewangan kerajaan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2015 kepada JBPM Johor, di sini hari ini.

Katanya elaun yang meliputi Bantuan Insentif Bomba (BIB), Elaun Khas Perkidmatan dan Elaun Bertugas Atas Keperluan itu dipohon tahun lalu,namun setakat ini, permohonan itu belum mendapat jawapan daripada kerajaan.

Pada Julai tahun lepas, JBPM memohon BIB yang diterima anggotanya supaya dinaikkan kepada RM200 bagi mereka yang bertugas selama 12 jam dan RM400 bagi penugasan 24 jam berbanding hanya antara RM110 hingga RM220 bagi syif sama, sebelum ini.

JBPM juga meminta elaun khas perkhidmatan sebanyak RM200 sebulan, yang diterima pasukan Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, dipanjangkan kepada pasukan itu.

Mereka turut menuntut agar Elaun On Call dibayar kepada anggota dan pegawai yang terpaksa bekerja selepas waktu pejabat, semata-mata kerana perlu menghadiri kes kecemasan.

Terdahulu, seramai 93 anggota dan pegawai bomba menerima APC masing-masing bagi menghargai jasa dan pergorbanan dilakukan golongan itu selama ini.

Ia juga diharap menjadi pendorong kepada mereka untuk berkhidmat lebih cemerlang demi meningkatkan mutu kerja dan produktiviti, pada masa depan. – BERNAMA

Tags: BombaElaun
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Potong Elaun Petrol Ahli Parlimen Tidak Beri Penjimatan Signifikan – Ahmad Fadhli Shaari

Potong Elaun Petrol Ahli Parlimen Tidak Beri Penjimatan Signifikan – Ahmad Fadhli Shaari

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen PAS Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari berpandangan cadangan memotong elaun petrol Ahli Parlimen tidak memberikan...

Bomba Terpaksa Dipanggil Bantu Hantar Lelaki 350kg Ke Hospital

Bomba Terpaksa Dipanggil Bantu Hantar Lelaki 350kg Ke Hospital

31/01/2026
0

ALOR GAJAH: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka membantu menghantar seorang lelaki obes seberat 350 kilogram ke Hospital Alor...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd