• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Henti Keluar Kenyataan Racuni Fikiran Rakyat

oleh Ahmad Albab
08/02/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah meminta veteran UMNO Tan Sri Rafidah Aziz agar tidak meracuni fikiran rakyat dengan mengeluarkan kenyataan yang boleh menjatuhkan UMNO.

Beliau berkata krisis pertukaran menteri besar di negeri ini telah selesai malah proses tersebut dibuat mengikut lunas undang-undang sedia ada.

“Saya minta jangan pertikaikan dan sebut lagi isu ini. Ia telahpun selesai dan semuanya ikut undang-undang,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis tahlil untuk Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, di sini hari ini.

Dalam catatan di laman Facebooknya baru-baru ini, Rafidah menyifatkan krisis politik di Kedah yang menjadi punca kepada peletakan jawatan Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir sebagai budaya ‘politik semasa’ manakala menjatuhkan pemimpin kelihatan menjadi ‘perkara biasa’.

Ahmad Bashah berkata sebagai veteran UMNO, Rafidah sepatutnya menyatupadukan semua anggota UMNO dan bukannya mengeluarkan kenyataan yang boleh memecah-belahkan anggota parti.

“Kami (UMNO Kedah) yang minta Perdana Menteri selesaikan perkara (krisis Menteri Besar) ini, sebab kami mahu persediaan menyeluruh menghadapi pilihan raya umum dan memperkuatkan UMNO,” kata Anggota Dewan Undangan Negeri Bakar Bata itu. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]SXfbnA0tKpU[/wpdevart_youtube]

Tags: Ahmad Bashah Md Hanipah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Muktamad, Tiada Pertukaran Calon BN Kedah – Bashah

27/04/2018
0

ALOR SETAR - Semua calon Barisan Nasional (BN) Kedah bagi 15 kerusi Parlimen dan 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN)...

Wakil India Dalam Exco Negeri Jika Calon MIC Menang

27/04/2018
0

ALOR SETAR – Pengundi kaum India di Kedah diingatkan agar memastikan calon MIC mewakili Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd