• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 19, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hans Isaac, Norman KRU, Ziela Jalil Kini Bergelar Datuk

oleh
10/02/2016
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Tiga anak seni terkenal tempatan menerima pingat Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk pada Sabtu, menurut laporan Bernama.

Mereka ialah aktor Gerald Hans Isaac, atau lebih dikenali sebagai Hans Isaac; penyanyi Norman Abdul Halim atau Norman KRU; serta aktres, Norzilah Abdul Jalil atau Ziela Jalil.

Hans Isaac ialah Pengarah Urusan Tall Order Sdn. Bhd., Norman KRU ialah Presiden Eksekutif KRU Bros Sdn. Bhd., sementara Ziela Jalil ialah Pengarah Urusan Pena Creative Pictures Sdn. Bhd.

Mereka antara 256 penerima darjah kebesaran dan pingat bersempena ulang tahun keputeraan Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah, di Istana Abu Bakar di Pekan pada 6 Februari.

Timbalan Yang DiPertua Dewan Negara, Senator Datuk Doris Sophia Ahmad Brodi mendahului senarai antara 14 penerima Darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Datuk Seri.

Istiadat penganugerahan darjah kebesaran dan pingat peringkat pertama itu disempurnakan Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Hans Isaac, 44 tahun, pernah dinobatkan sebagai Pembantu Pelakon terbaik Anugerah Festival Filem Malaysia ke-19 (2006) menerusi filem Buli Balik.

Beliau juga menerima anugerah Artis bukan Melayu Popular dalam Anugerah Bintang Popular anjuran akhbar Berita Harian pada 2002 dan 2003.

Filem terbaharu yang dibintanginya ialah Nota, filem genre psiko/jenayah yang diarahkan oleh Yasu Tanaka dan turut dibintangi aktres Maya Karin.

Norman KRU, 44 tahun; merupakan salah seorang daripada anggota kumpulan KRU. Beliau juga menjadi Pengerusi Persatuan Industri Rakaman Malaysia mulai 2010.

Ziela Jalil, 45 tahun; mula menceburi bidang lakonan di bawah pengarah A R Badul melalui filem lawak, Mr Os.

Beliau pernah turut mendapat bimbingan daripada pengarah terkenal seperti Aziz Sattar menerusi Perawan Malam dan Othman Hafsham melalui Ujang.

Ziela menubuhkan Pena Creative Pictures Sdn Bhd untuk menerbitkan drama televisyen. – BERNAMA/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Hans IsaacNorman KRUZiela Jalil
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Melampau! Jual Alas Kaki Bertulis Ayat Al-Quran

Next Post

KKM Sedia Risalah Maklumat Virus Zika Di Pintu Masuk Negara

Related Posts

Hans Isaac Bakal Calon PKR Parlimen Ampang?

18/11/2020
0

KUALA LUMPUR - Penerbit dan pelakon, Datuk Hans Isaac menyerahkan kepada kepimpinan PKR dan masyarakat Ampang apabila namanya disebut-sebut akan...

Hans Isaac Enggan Tunduk, Takkan Meletak Jawatan

12/12/2019
0

PENGERUSI Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Datuk Hans Isaac tidak akan tunduk kepada gesaan enam persatuan artis yang mahu...

Next Post

KKM Sedia Risalah Maklumat Virus Zika Di Pintu Masuk Negara

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd