• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Empangan Paya Beda Mampu Tingkatkan Pengeluaran Padi

oleh Ahmad Albab
22/02/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BESUT – Pengeluaran padi di Setiu dan Besut dijangka dapat dipertingkatkan berikutan bekalan air mencukupi dari empangan Paya Beda di Hulu Besut.

Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Dr Ismail Bakar berkata empangan tersebut berupaya menampung keperluan air bagi penanaman padi dua kali setahun.

Katanya ia diharap mampu memenuhi 90 peratus daripada keperluan padi di negeri Terengganu yang berjumlah 104,000 tan metrik setahun.

Empangan Paya Beda yang bernilai RM420 juta itu telah siap dibina pada tahun lepas dan merupakan empangan untuk pembekalan air kawasan pertanian yang pertama milik Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA).

“Buat masa ini, peruntukan RM10 juta melalui Rancangan Malaysia Ke-11 telah diperuntukkan bagi menyiapkan pembinaan fasa kedua sistem tali air termasuk di jelapang padi Setiu.

“Ini supaya air dari Empangan Paya Beda dapat disalurkan ke seluruh kawasan penanaman padi di Terengganu”, katanya kepada media selepas mengadakan lawatan kerja ke empangan tersebut semalam.

Menurut Ismail, empangan Paya Beda kini dalam proses untuk diserahkan kepada MOA dan kerjasama dengan kerajaan negeri akan dibuat bagi mewartakan kawasan berkenaan supaya ia tidak diganggu atau dicerobohi oleh mana-mana pihak.

Katanya, dengan keupayaan takungan air sebanyak 49 meter padu itu, kawasan penanaman padi di Terengganu termasuk di kawasan yang dahulunya tidak dapat diusahakan kerana kekeringan bekalan air juga akan dapat dipulihkan semula.

“MOA menyasarkan keperluan beras untuk Terengganu akan dapat ditampung 100 peratus sepenuhnya setelah lebih banyak kawasan penanaman padi dijangka dapat dibuka nanti dalam beberapa tahun lagi ekoran pembukaan Empangan Paya Beda ini,” katanya.

Ismail berkata empangan tersebut bukan sahaja digunakan untuk menyalurkan keperluan air bagi pertanian malah ia juga berfungsi sebagai pengawal banjir dan keperluan domestik.

Selain itu, beliau turut mencadangkan agar kawasan itu dimajukan sebagai lokasi untuk agropelancongan yang boleh dikendalikan oleh koperasi pertanian di Besut dan Setiu bagi memberi pendapatan sampingan.

Katanya, untuk itu permit kebenaran memasuki empangan seluas 1,200 hektar itu juga boleh dikeluarkan secara berkala untuk tujuan pelancongan pada masa hadapan. – BERNAMA

Tags: empanganTerengganu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tanah Runtuh Besar Jejas Empangan Sipulak, Penduduk Diingatkan Sedia Hadapi Banjir Kilat

Tanah Runtuh Besar Jejas Empangan Sipulak, Penduduk Diingatkan Sedia Hadapi Banjir Kilat

06/12/2025
0

SUMATERA – Satu kejadian tanah runtuh besar dilaporkan berlaku di kawasan tinggi berhampiran Empangan Hidroelektrik Sipulak, Kecamatan Pakkat, Sumatera Utara,...

KPDN Terengganu Catat Rampasan Bernilai Lebih RM700,000 Sejak Januari

KPDN Terengganu Catat Rampasan Bernilai Lebih RM700,000 Sejak Januari

25/05/2025
0

Kuala Terengganu: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Terengganu merekodkan sebanyak 338 kes membabitkan pelbagai kesalahan dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd