KUALA LUMPUR – Pengguna di Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE) bakal menikmati diskaun kadar tol sebanyak 10 peratus sempena sambutan Tahun Baru Cina, Isnin ini.
Konsortium Lebuhraya Utara-Timur (KL) Sdn Bhd dalam satu kenyataan berkata diskaun itu akan ditawarkan bermula pukul 12.01 pagi sehingga pukul 11.59 malam Isnin.
“Diskaun kadar tol untuk para pengguna Kelas 1 yang ditawarkan adalah untuk memberi nilai pulangan kepada pengguna DUKE yang telah menyokongnya sejak pembukaan lebuh raya itu pada 2009,” menurut kenyataan itu.
Tawaran diskaun ini juga diberikan sebagai salah satu usaha khidmat sosial korporat di bawah Kumpulan Ekovest Berhad, kata kenyataan itu.
Tahun Baharu Cina akan disambut di seluruh negara pada 8 dan 9 Februari ini. – BERNAMA

