• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Debat Antara Asri, Zamihan Tak Perlu – Jamil Khir

oleh Ahmad Albab
12/02/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata program perdebatan antara Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (Aswaja) Zamihan Mat Zin Al-Ghari tidak perlu diadakan.

Sebaliknya, beliau meminta diskusi itu diadakan secara tertutup sekiranya wujud keperluan mendesak untuk berbuat demikian.

“Malah, diskusi itu perlu diadakan dengan harmoni, mengambil kira pandangan-panadangan ulama sunni yang muktabar (terhormat), elakkan tuduh-menuduh, mengekalkan semangat persaudaraan dalam Islam dan menyelesaikan pertikaian melalui kerangka ilmu menerusi diskusi tertutup itu sahaja,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Jamil berkata Malaysia merupakan sebuah negara Islam yang bergerak seiring dengan pandangan ulama muktabar di seluruh dunia yang berpegang teguh kepada aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Prinsip aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah menekankan nilai-nilai kesederhanaan (wasatiyyah) dan sentiasa berpandangan terbuka terhadap perkara-perkara furu’iyyah (perbezaan) di dalam Islam serta mengelakkan permusuhan dan persengketaan sesama Islam, katanya.

Media melaporkan perdebatan itu, yang bertajuk ‘Ekstremisme Agama di Malaysia: Satu Diskusi’, akan diadakan pada 9 malam, Rabu ini di Jabatan Perdana Menteri. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]rnmUyZDODjY[/wpdevart_youtube]

Tags: debatJamil Khir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Adam Adli Sedia Berdebat Dengan Syed Saddiq Selepas PRN

Adam Adli Sedia Berdebat Dengan Syed Saddiq Selepas PRN

04/08/2023
0

PETALING JAYA – Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abd. Halim bersedia untuk menerima jemputan Presiden MUDA, Syed Saddiq...

Ahli Parlimen PN Ubah Fikiran, Setuju Debat Dengan Rafizi

Ahli Parlimen PN Ubah Fikiran, Setuju Debat Dengan Rafizi

01/08/2023
0

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Bachok dari Perikatan Nasional, Syahir Sulaiman membuat pusingan U berhubung cabaran Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd